suria

Ustaz Don titip nasihat untuk isteri mangsa keganasan rumah tangga, ajar doa untuk wanita

PENDAKWAH bebas Ustaz Don Daniyal meminta golongan wanita untuk tidak berdiam diri ketika menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Menurut Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, jika kejadian sedemikan, isteri perlulah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berwajib.

“Pertama kalau itu melibatkan kekerasan rumah tangga jangan berdoa saja kena buat laporan polis dulu.

“Mesti kena sayang diri sendiri dulu, diri kita mak bapa bentuk kita bukan untuk dipijak-pijak, jadi wanita perlu sayang diri dia dulu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada masa sama, Don juga berkongsi sebuah doa untuk memohon agar dilepaskan daripada sebarang kesulitan yang menimpa.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi