suria

Ara Johari takut salah pilih suami, suka lelaki ‘soft’ bukan jenis naik tangan

PENYANYI Ara Johari menyelar tindakan mana-mana individu yang melakukan kekerasan dalam rumah tangga.

Gara-gara isu berkenaan, Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 27, berkata dia menjadi takut dan lebih berhati-hati dalam memilih calon suaminya nanti.

“Isteri atau wanita adalah untuk dilindungi bukan disakiti, saya tak sokong sikap lelaki panas baran atau ‘kaki pukul’ mungkin ada perkara yang buat lelaki tu marah tapi pukul bukan caranya.

“Macam saya memang tak mahu cari lelaki yang panas baran kerana atau kaki pukul sebab kalau selalu pukul nanti akan jadi kebiasaan.

“Perkara ini buatkan saya jadi takut untuk memilih lelaki untuk dijadikan suami sebab sekarang banyak sangat kes cerai dan pukul cuma mampu berdoa dapat calon yang boleh memenuhi kriteria,” kata Ara kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi