suria

Suara dah pulih tapi Black elakkan terlalu banyak bercakap... Sekarang lebih tenang mula jaga makan

SUDAH sembuh daripada masalah ketumbuhan pada tekak, namun penyanyi Black Hanifah memberitahu sehingga kini dia masih dalam trauma untuk menyanyi atau bercakap dengan kuat.

Selain trauma, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad, 36, turut memberitahu dia mengalami perubahan karakter apabila kini lebih banyak mendiamkan diri.

“Saya bercakap hanya perlu sekarang ini dan sudah terbiasa sebenarnya kalau dulu tempat riuh mesti nak cakap tapi sekarang tidak lagi.

“Ya saya memang trauma dan risau juga sebab suara pernah hilang terus dulu kan, sebelum orang pernah minta nyanyi lagu Madah Berhelah saya jadi takut risau tak boleh nyanyi.

“Bila ada permintaan untuk nyanyi macam dulu memang akan diam saja sebab tak kan nak cakap yang saya tak boleh nyanyi pula kan,” kata Black kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Black bakal mengadakan Konsert Hitam Manis bersama Datuk Hattan dan Hazama di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 8 Febuari depan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi