suria

Vadel Badjideh seronok datang Malaysia, tenang berdepan kontroversi keluarga Nikita Mirzani

PERSONALITI media sosial, Vadel Badjideh kekal tenang berdepan kontroversi membabitkan dirinya dengan selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani.

Meskipun konflik membabitkan dirinya dengan Nikita masih belum selesai, Vadel percaya segala fitnah dan kebenaran akan terbukti kelak.

“Sebenarnya ini urusan dengan pihak perempuan, terkejut apabila ia menjadi bualan sehingga di media sosial.

“InsyaAllah fitnah ini akan hilang dan semua kebenaran akan muncul,” katanya kepada mStar.

Vadel ditemui semasa malam kemuncak anugerah All Star Influencers Award 2024 (ASIA2024) yang diadakan di Kuala Lumpur.

Vadel bersama abangnya iaitu Bintang merupakan antara pempengaruh yang mewakili Indonesia dalam acara berkenaan.

Sebelum ini, Vadel yang juga merupakan kekasih kepada anak Nikita Mirzani iaitu Lolly menjadi bualan hangat netizen.

Sementara itu, berkongsi pengalaman berada di Malaysia, Vadel berkata ini kali kedua kunjungannya ke negara ini.

Kata Vadel, antara momen yang tidak boleh dilupakan ialah menyediakan hidangan Cendol di negeri Melaka.

Bagi edisi tahun ini, Saal Haerid memenangi anugerah utama menewaskan 60 perserta dari sembilan negara lain.

Selain Malaysia dan Indonesia, ASIA2024 turut disertai oleh Jepun, Taiwan, China, Vietnam, Thailand, Korea Selatan dan Filipina.

Acara ini merupakan sebahagian daripada program empat hari yang dianjurkan oleh Aston Creative, dengan matlamat meraikan bakat dan kreativiti dalam penghasilan kandungan digital.

Sebanyak 13 kategori anugerah disampaikan, memberi pengiktirafan kepada individu dan kumpulan yang telah memberi impak besar dalam dunia media sosial di peringkat Asia.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi