suria

Adira dah insaf, pengsan sebab terlalu kuat kerja... Cari masa rehat dan ‘me time’

REBAH dan jatuh pengsan disebabkan terlalu sibuk bekerja memberikan kesedaran kepada penyanyi Adira Suhaimi untuk mempunyai masa rehat secukupnya.

Kata Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, dia tidak mahu kesihatannya itu terjejas sehingga menyebabkan kesan buruk di kemudian hari.

“Doktor kata saya pengsan sebab tekanan darah rendah dan juga kerja yang berlebihan. Saya ingatkan saya boleh buat (kerja), tapi tidak.

“Jadi, selepas ini saya akan berhati-hati dan curi masa untuk berehat sebab kadang-kadang dalam seminggu itu saya tiada cuti ataupun hanya sehari. Jadi selepas ini mungkin kena dua hari,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Adira meluahkan rasa ralat apabila sepanjang menerima rawatan di hospital, dia terpaksa membatalkan empat tawaran kerja.

Pada 4 Disember lalu, Adira terpaksa dikejarkan ke hospital selepas jatuh pengsan di kediamannya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi