suria

Sharifah Shahirah teruja bakal timang cucu pertama, mahu jaga anak berpantang

PENYANYI dan pelakon Tallisya akan menjalani tempoh berpantang di kediaman ibunya di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Tallisya atau Allisya Tahir, 26, berkata, ibunya yang juga penyampai radio Sharifah Shahirah mahu menjaganya sepanjang tempoh tersebut.

"Alhamdulillah semua persiapan sudah selesai dan sejak awal kehamilan lagi saya dan suami sudah bayangkan macam-macam.

"Tapi bila mama (Shiera) rosakkan rancangan sebab dia nak saya berpantang dekat rumahnya memandangkan itu cucu pertama," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Talisha mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata perempuan dan dijangka bersalin pada penghujung bulan ini.

Talisha memberitahu dia akan bersalin di sebuah hospital di Kuatan, Pahang sebelum pulang ke Kuala Lumpur untuk berpantang.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi