suria

Azhan Rani ada hubungi Jay Iswazir, minta tampil jawab isu rumah tangga bila sudah tenang

WALAUPUN mempunyai hubungan rapat dengan Jay Iswazir namun aktor Azhan Rani tidak pernah masuk campur dalam urusan rumah tangga pelakon berkenaan yang sedang hangat diperkatakan.

Bagi Azhan atau Azhan Abdul Rani, 48, isu membabitkan Jay dan bekas isterinya iaitu Azzahra Ahmad adalah peribadi tanpa perlu campur tangan pihak luar.

Ada menghubungi Jay bertanya khabar, Azhan bagaimanapun hanya mampu memberi nasihat selain berdoa agar semua urusannya dipermudah.

"Kita kena bagi masa untuk dia bertenang dan saya ada nasihatnya jangan bertindak dalam keadaan marah.

"Saya ada nasihat jangan diam dan kena jawab (isu membabitkannya) tapi ambil masa. Jangan jawab dalam keadaan tertekan, marah sebab nanti boleh makan diri sendiri.

"Selebihnya saya tidak mahu komen kerana apa yang berlaku adalah isu peribadinya," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi