suria

[V] Buka cerita lama Atu, Sharif mohon maaf jika adik terasa hati

PELAWAK Sharif Zero menganggap perkongsian mengenai kisah hidup adiknya iaitu Atu yang didedahkan sebelum ini hanya bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai.

Tiada niat untuk memburukkan keadaan, Sharif atau Sharif Kadir Dol Sharif, 34, juga secara terbuka memohon maaf sekiranya Atu berasa kurang senang dengan pendedahan cerita berkenaan.

"Saya hanya mahu kongsi pengalaman dia untuk dijadikan inspirasi. Kalau dia anggap ia mengaibkan, saya tidak boleh salahkannya. Dia berhak bersuara sebab saya bercakap tentang kisahnya.

sharif 3

Perkongsian Sharif menimbulkan salah faham ramai.

"Mungkin apa yang diperkatakan itu disalah anggap. Saya minta maaf sekiranya terlepas cakap.

"Tak mungkin saya mahu memburukkan adik sendiri. Saya bangga dengan apa yang dia lalui sehingga berjaya sekarang ini," katanya kepada mStar.

Sharif ditemui selepas selesai konsert akhir program Famili Duo musim keempat (FD4) yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan malas layan peminat, Sharif Zero pun ada perasaan kena sergah suruh buat lawak

ARTIKEL BERKAITAN: Sharif Zero jawab isu gaduh adik-beradik, sampai ibu jauh di Sabah pun tanya!

Dia mengulas perkara tersebut selepas mendedahkan Atu pernah melarikan diri daripada rumah dan hampir terlibat dengan aktiviti dadah ketika tampil sebagai tetamu dalam sebuah rancangan podcast.

Susulan kenyataan itu, Atu dalam satu temu bual memberitahu perkara itu tidak sepatutnya diceritakan dan apa yang berlaku memberi kesan kepada isterinya.

Dalam pada itu, Sharif juga menegaskan hubungan dia dan Atu masih baik dan tidak wujud sebarang sengketa disebabkan perkara tersebut.

Tak mungkin saya mahu memburukkan adik sendiri

SHARIF ZERO

PELAWAK

"Kami masih berhubung. Hubungan kami baik sahaja.

"Cuma mungkin selepas ini kisah keluarga tidak perlu diceritakan kepada orang, cukup antara kami sahaja," ujarnya.

Tambah Sharif apa yang disampaikan dalam podcast berkenaan adalah kisah seperti mana pernah diceritakan Atu sebelum ini.

sharif 2

Sharif kongsi kisah Atu untuk beri inspirasi.

Dia juga tidak menyangka perkara tersebut menjadi satu isu kerana sebelum ini kisah hidup mereka sering menjadi bahan untuk dikongsikan.

"Sebelum ini okey sahaja kami 'membahan' antara satu sama lain. Mungkin sebab dalam podcast itu hanya saya seorang dan bukan kami bertiga (bersama Atu dan Melati).

"Kadang-kala apa yang diperkatakan itu hanya lawak tetapi dianggap serius," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain