KEMENANGAN dalam program Famili Duo musim keempat (FD4) yang berlangsung pada malam Ahad menjadi penutup terindah buat penyanyi Shiha Zikir. Kata Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 37, ini juga merupakan penyertaan terakhirnya dalam program realiti televisyen selepas banyak kali terlibat dengan program sedemikian. "Saya sudah banyak sertai program nyanyian realiti sebelum ini dan sudah keluarkan semuanya. Buat masa sekarang ini adalah penyertaan terakhir saya tapi saya tak tahu lagi apa akan jadi dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ieda dan Shiha bergelar juara Famili Duo 4. "Dalam penyertaan sebelum ini saya tak pernah bergelar juara. Ini adalah kali pertama saya pegang trofi juara. Ia satu penutup yang sangat baik," katanya kepada mStar. Shiha ditemui selepas selesai siaran langsung FD4 di mana dia bersama kakaknya iaitu Ieda Zikir membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000. Masih mahu meneruskan kerjaya seni seperti biasa, Shiha juga merancang untuk lebih banyak terlibat kerja belakang tabir termasuk sebagai pengarah muzik video penyanyi lain. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia lebam badan, Shiha dan Ieda Zikir juara ‘Famili Duo 4’ ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir tak reti duduk diam, cuba bidang baharu pula... “Rasa puas dapat kongsi rezeki” "Saya juga masih mengeluarkan lagu-lagu baru dan sekarang ini lebih banyak terlibat dengan kerja belakang tabir. Saya sudah beberapa kali menjadi pengarah MV penyanyi lain. "Saya juga mahu cari seseorang yang mempunyai semangat juang sama seperti saya. Masuk dalam industri ini bukan sekadar mahu popular, jika gagal sekali kena usaha lebih lagi sehingga berjaya," ujarnya. Ini adalah kali pertama saya pegang trofi juara. Ia satu penutup yang sangat baik SHIHA ZIKIR PENYANYI Dalam konsert akhir FD4, Shiha dan Ieda berjaya menambat hati juri menerusi persembahan bertenaga menyampaikan lagu Doktor Cinta nyanyian asal Dewi serta Mentera Semerah Padi (Datuk M Nasir) sehingga mereka bergelar juara. Tampil mempamerkan aksi silat di atas pentas, penyanyi ini berani mengambil risiko dan mempelajari seni mempertahankan diri itu dalam tempoh singkat. Malah menurut Shiha juga sepanjang penglibatan dalam FD4 dia sanggup menolak banyak tawaran kerja untuk memberi komitmen terbaik. Shiha berani memberi kelainan dalam persembahan akhir FD4. "Saya buat latihan silat sehingga menangis kerana rasa terlalu penat. Setiap hari berlatih selepas diumumkan masuk final sehingga badan saya lebam. Tapi malam ini (Ahad) saya lupakan seketika rasa sakit itu. "Sepanjang penyertaan dalam FD4 ini juga saya tak ambil tawaran kerja lain. Rasanya ada lapan tawaran yang ditolak. Bila menyertai program sebegini saya tak pernah fikir soal duit, apa yang penting rasa puas membuat persembahan," jelasnya. FD4 turut menyaksikan pasangan duo Ayie Ilham dan Salma menjadi naib juara manakala tempat ketiga milik Tomok dan Sharul Kamal.