suria

Perjuangan Inka Christie berakhir, tersingkir minggu keempat GV11

Inka tersingkir di minggu keempat GV11.

PERJUANGAN penyanyi Inka Christie berakhir di minggu keempat apabila diumumkan sebagai peserta tersingkir di program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada malam Ahad.

Inka yang tampil menerusi lagu Warna gagal menarik perhatian juri sekali gus berada di kedudukan tercorot.

Penyanyi asal Indonesia ini turut mengucapkan terima kasih kepada juri dan peminat yang selama ini memberikan sokongan terhadap penyertaannya di GV11.

Persembahan Inka menerusi lagu Warna gagal menambat hati juri.

Persembahan Inka menerusi lagu Warna gagal menambat hati juri.

"Hari ini saya berterima kasih kepada juri yang ada disini serta peminat dan rakan-rakan yang memberikan sokongan terhadap saya.

"Saya senang dapat menjalinkan silaturahim di Malaysia dan ini merupakan satu penghargaan buat saya. Terima kasih," katanya.

Menerusi komen yang diberikan oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, pemuzik itu tidak menafikan lagu yang dibawa oleh Inka agar sukar, namun dia memuji percubaan yang dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang fokus sampai lupa lirik, Nai Dinamik peserta pertama tersingkir Gegar Vaganza 11

ARTIKEL BERKAITAN: [V] 40 tahun bergelar penyanyi, Liza Aziz tak kecil hati dianggap ‘underrated’

"Lagu dan melodinya susah, apa pun percubaan yang baik dari kamu," ujarnya.

Sementara itu, penyanyi Ronnie Hussein menjadi juara bagi minggu keempat manakala Dyrga Dadali dan Liza Aziz berada di kedudukan kedua dan ketiga.

Dalam pada itu, Fairuz Selamat diumumkan sebagai pemenang Ikon Super Lit CelcomDigi dan Ning Baizura dipilih menjadi Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian peminat.

GV11 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain