suria

Hasif Upin merayu minta dilepaskan, tak mampu bayar kalau disaman… Geram ada rakan artis jadi batu api

Hasif harap ada jalan terbaik berhubung isu pengurusan.

PENYANYI Hasif Upin meminta syarikat pengurusan Armani Entertainment untuk melepaskannya jika sudah tidak mahu lagi menguruskan kerjaya seninya.

Kata Hasif atau Muhammad Hasif Sharuddin, 32, dia kini seolah-olah digantung tak bertali kerana sudah lama tidak menerima sebarang tawaran kerja daripada syarikat berkenaan.

"Kalau sudah tidak perlukan saya tolong lepaskan secara baik. Statusnya tergantung hingga kini dan menjadi tanya tanya.

hasif 2

Hasif minta penjelasan pihak pengurusan.

"Sekarang ini pun saya banyak mendapat tawaran kerja melakukan reviu produk di TikTok seperti yang saya pernah lakukan sejak dahulu lagi. Saya yang cari job sendiri," katanya ketika dihubungi mStar.

Hasif menandatangani kontrak bersama Armani Entertainment sejak 2022 dengan tempoh perjanjian selama sembilan tahun.

Menyedari bakal timbul konflik melibatkan tempoh kontrak, Hasif juga memberitahu dia tidak berkemampuan sekiranya pihak berkenaan mengambil sebarang tindakan saman.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasif Upin bukan tak bersyukur, akur jika pengurusan ambil tindakan - “Saya anak yatim piatu”

ARTIKEL BERKAITAN: Dilayan macam ‘sampah’ Hasif Upin kecewa dengan syarikat pengurusan... Kali terakhir terima bayaran hanya RM600

"Jujurnya jika mereka ambil tindakan saman memang saya tidak mampu. Duit saya sekarang pun cukup-cukup makan sahaja.

"Kalau nak saman saya tak mampu nak bayar sampai bila-bila. Disebabkan itu saya minta lepaskan secara baik. Sampai bila saya nak digantung tanpa tawaran kerja sekiranya masih di bawah pengurusan mereka?

"Saya tidak mahu bermusuhan. Cuma minta jalan penyelesaian terbaik," ujarnya.

hasif 3

Hasif masih terikat di bawah Armani Entertainment.

Tambah penyanyi ini lagi, dia sedia bersemuka dengan pihak berkenaan namun sehingga kini masih belum diberi peluang untuk berjumpa.

Dalam pada itu, Hasif turut meluahkan rasa kesal terhadap seorang rakan artis yang dipercayai menjadi batu api mengeruhkan lagi hubungannya dengan pihak pengurusan.

"Bila saya dapat tawaran kerja sendiri, ada pula 'kaki report' yang mengadu kepda pihak pengurusan. Itu yang membuatkan saya bertambah geram," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain