LEBIH 24,000 penonton hadir menyaksikan Konsert The Journey of Sound: Judika & Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada malam Sabtu. Bertemakan putih dan denim, peminat terhibur dengan gabungan dua penyanyi hebat itu yang mempersembahkan lebih 30 lagu secara solo, duet dan medley. Antara lagu dinyanyikan oleh Siti ialah Bukan Cinta Biasa, Kesilapanmu Keegoanmu, Hati Kama, Balqis dan Sejarah. Judika pula mendendangkan lagu Bukan Rayuan Gombal, Jadi Aku Sebentar Sahaja, Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik Baik Saja dan Putus atau Terus. Siti teruja dapat lebih ramai peminat untuk menyaksikan konsert di Stadium Merdeka. Manakala mereka berduet menerusi lagu Kisah Ku Inginkan, Bukan Dia Tapi Aku dan Wajah Kekasih. Sementara itu, Faizal Tahir pula membuka pentas menerusi tiga lagu popularnya. Siti dalam ucapannya meluahkan rasa teruja dapat menghimpunkan lebih ramai peminatnya dan bersyukur atas sokongan diberikan oleh mereka. “Nampak putih semua. Sebelum ini di Axiata Arena boleh memuatkan 12,000 penonton tapi di sini 24,000 penonton. Terima kasih semua yang hadir dan terus memberikan sokongan,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rendah diri namun bersyukur dengan pengiktirafan, Siti Nurhaliza segan dipanggil Biduanita Negara ARTIKEL BERKAITAN: Anak terlepas cakap dalam program TV, isteri Judika sedang hamil bayi ketiga Jom kita imbau momen menarik sepanjang Konsert The Journey of Sound: Judika & Datuk Seri Siti Nurhaliza - Semua penonton yang hadir dilihat sporting mengikut tema putih dan denim. - Siti dan Judika diarak mengelilingi stadium menggunakan kereta sport sebelum muncul di atas pentas. - Faizal Tahir tampil sebagai penyanyi pembukaan mendendangkan tiga lagu popular nyanyiannya. - Meskipun pentas memulakan persembahan pada pukul 9 malam, namun sekitar stadium sudah dipenuhi peminat pada sejak pukul 3 petang. - Persembahan bunga api berskala besar menceriakan konsert. Peminat membanjiri Konsert The Journey of Sound: Judika & Datuk Seri Siti Nurhaliza pada malam Sabtu. - Semua penonton diberikan LED wristband membuatkan persembahan lebih menarik dengan kerlipan cahaya seragam daripada kerusi penonton. - Pencahayaan daripada Menara Merdeka 118 turut memberikan pemandangan indah sepanjang konsert itu berlangsung. - Selain berhibur, dua peminat bertuah juga membawa pulang sebuah kereta jenama BMW dan sebuah skuter. - Siti memberikan persembahan bertenaga dengan menyanyi serta menari semasa persembahan lagu medley Siti Situ Sana Sini dan Ku Milikmu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!