PELAKON Syarul Ezani memaklumkan dia merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya tahun depan. Syarul atau Syarul Ezani Mohamed Ezzudeen, 35, berkata mereka sudah menjalinkan hubungan percintaan sejak setahun lalu. "Perkara begini (kahwin) kalau boleh secepat mungkin tetapi memandangkan kita pun sudah berada di penghujung tahun 2024. Syarul berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Eid 2025 Mayang. "Jadi perancangannya insya-Allah mungkin tahun depan, niat itu memang ada. Sekiranya ada khabar gembira, saya akan beritahu nanti. "Kami berkawan selama dua tahun tetapi hubungan mula serius sejak setahun yang lalu," katanya kepada mStar. Syarul berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Eid 2025 jenama Mayang By Anntsya yang berlangsung di Four Season, Kuala Lumpur pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Dah masuk 30 tahun tapi Noki masih belum jumpa calon isteri... Mahu wanita ‘susah dapat’ tak senang pujuk ARTIKEL BERKAITAN: [V] Qi Razali sudah bertunang, kahwin orang industri tahun depan Melewati usia 30-an, Syarul mengakui menerima tekanan soal kahwin daripada keluarga ada kenalan terdekat. Pelakon itu bagaimanapun memandang perkara tersebut dari sudut positif dan menganggap ia sebagai satu bentuk nasihat. "Dalam masyarakat kita sentiasa ada tekanan, dan saya anggap tekanan itu perkara baik kerana nak menghalalkan sesuatu hubungan. Kami berkawan selama dua tahun tetapi hubungan mula serius sejak setahun yang lalu. SYARUL EZANI PELAKON "Keluarga dan rakan tentu mereka mahukan yang terbaik. Saya hanya anggap ia sebagai teguran atau nasihat," jelasnya. Berkongsi sisi peribadi bakal isterinya, Syarul berkata kekasihnya itu seorang yang memahami dan sentiasa menyokong kerjaya lakonannya. Malah Syarul juga kini sedang berusaha mempersiapkan diri untuk menjadi seorang suami yang terbaik. Syarul berusaha meluangkan masa bersama pasangan meskipun sibuk. "Pasangan saya memahami kerja saya kerana dia juga seorang model. Dia juga melalui apa yang saya lalui dalam kerjaya seni. "Saya cuba menjadi seorang yang setia walaupun kerja saya memakan masa yang lama di set pengambaran sehingga tak sempat berjumpa. "Saya percaya walaupun dalam kesibukan, kita tetap perlu mencari waktu yang sesuai untuk diluangkan bersama pasangan kita," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!