PASANGAN adik-beradik Shiha dan Ieda Zikir diumumkan sebagai juara untuk program Famili Dua musim ke-4 (FD4) yang berlangsung pada malam Ahad. Memberi persembahan bertenaga untuk dua pusingan pada malam final berkenaan, barisan juri sepakat bersetuju dengan kelainan ditampilkan mereka. Juri tetap, penyanyi Mas Idayu meluahkan rasa puas dengan kelaian dalam kedua-dua segmen persembahan. Salma dan Ayie merupakan Naib Juara FD4. “Persembahan yang mahal. Bangga dan sedih dengan usaha mereka. “Progres yang sangat besar sepanjang Famili Duo 4,” katanya ketika memberi komen. Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000. ARTIKEL BERKAITAN: Dianggap rosak sejak muncul di Famili Duo 4, Joey pula nampak bakat terpendam Naqiu -“Sila ambil dia berlakon” ARTIKEL BERKAITAN: Naqiu, Joey, Zahid dan Anne tersingkir di separuh akhir Famili Duo 4 Pada pusingan pertama dengan tema duo/vokal berkumpulan Shiha dan Ieda menyampaikan lagu berjudul Dokter Cinta (Dewi). Manakala dalam pusingan kedua mereka menyampaikan lagu Mentera Semerah Padi (Datuk M.Nasir). Untuk pusingan ini, Shiha membawa kelainan mengetengahkan seni bela diri silat. Mengakui hanya seminggu mempelajari silat, Shiha dalam nada sebak memberitahu dia berdepan kesukaran sehingga mengalami lebam-lebam pada badan. Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh pasangan duo Ayie Ilham dan Salma membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000. Tomok dan Sharul ditempat ketiga dengan hadiah bernilai RM20,000. Manakala Tomok & Sharul Kamal sekadar berpuas hati di ketiga dengan hadiah kemenangan bernilai RM20,000. Selain Mas Idayu, program FD4 turut dijurikan oleh Datuk Rosyam Nor. Manakala Janna Nick dan Sharif pula bertindak sebegai pengacara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!