suria

Juri jangan ‘tunjuk bijak’ singkir peserta, Man Bai anggap GV program memalukan artis

PENYANYI Man Bai berpendapat program realiti Gegar Vaganza adalah sebuah rancangan yang boleh memalukan penyanyi berkenaan.

Walaupun beberapa kali diundang menyertai program berkenaan, namun Man Bai atau Abdul Rahman Osman, 57, kekal pendirian menolak tawaran tersebut.

“Saya rasa program tu ingin memalukan artis, lepas itu kita tengok Inka Christie dah menang maca-macam anugerah Asia pasifik dan sebagainya macam mana boleh tersingkir.

“Mereka ingin menaikkan rating televisyen itu saja, kalau buat kajian Inka Christie dah menang berapa banyak anugerah, tak logik dia tersingkir,”

Dalam pada itu, Man Bai akan membuat kemunculan di konsert Mega Hitz 3 Dekat Vol 1 di Zepp, Kuala Lumpur pada 25 Januari tahun depan.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi