suria

Nampak lebih cantik, Trisha Ooi jawab tuduhan ‘buat muka’... “Saya wanita lasak jarang pakai mekap”

PELAKON Trisha Ooi tampil menjawab dakwaan yang mengatakan dia membuat perubahan kepada wajahnya.

Kata Trisha atau Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 25, dia tidak pernah melakukan apa-apa untuk mencantikkan wajahnya namun sebaliknya ia hanyalah permainan mekap.

“Mana ada yang berubah dekat muka saya. Mereka sebelum ini kenal saya sebagai Trisha yang lasak, pakai seluar. Jadi bila datang majlis, kita kena bersiap dengan mekap dan pakai gaun walaupun saya tidak pernah pakai gaun sebelum ini.

“Saya masih lagi Trisha yang sama. Saya bersyukur dengan apa yang ada dekat diri saya. Tiada apa yang lain,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Trisha juga mengakui dia sebenarnya tidak suka melakukan sebarang kontroversi bagi menaikkan nama, sebaliknya hanya mahu dikenali disebabkan bakat lakonannya.

“Bagi saya, saya nak orang terima disebabkan lakonan dan bakat saya. Saya mahu orang kenal dengan bakat dan karya saya sahaja. Ini adalah tempat untuk saya cari rezeki,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi