suria

Semua dah ‘move on’ orang luar tak perlu sibuk... Awie ulas kenyataan mahu Wings kembali bersatu

PENYANYI Datuk Awie meminta supaya tidak ada mana-mana pihak mengeruhkan keadaan dengan sengaja mengungkit serta menjaja kisah silam kumpulan Wings sebelum ini.

Demi meneruskan kesejahteraan kumpulan Wings, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 56, berharap pihak berkenaan belajar untuk menerima ketentuan yang berlaku terhadap kumpulan berkenaan.

“Pihak lain jangan sibuk sebab Jo pun dah move on saya pun dah move on, jadi kita tidak ada apa-apa lagi yang nak dikecohkan.

“Kepada sesiapa yang dah terkeluar dari landasan tak perlu sibuk, biar band saja yang uruskan band, jangan orang luar pula yang sibuk, tak usah, jangan sibuk duduk diam-diam saja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Awie berkata dia tidak pernah memberi sebarang komen atas apa yang terjadi dalam Wings namun dirinya tetap dipersalahkan atas segala isu yang timbul dalam kumpulan itu.

“Saya pun tak pernah nak cakap apa pun saya diam saja... Usah keruhkan keadaan, jangan timbulkan perkara ini, nanti perkara ini nampak buruk dekat saya juga, saya tak mahu orang asyik menuduh saya saja sebab saya tidak pernah membuka mulut pun mengenai perkara ini,” ujarnya.

Dalam pada masa sama, Awie buat julung kalinya bakal melakukan konsert Triad bersama kumpulan Wings, Search dan Dragon Malaya yang menampilkannya sebagai vokalis tunggal yang akan berlangsung pada 14 Februari tahun depan di Zepp, Kuala Lumpur.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi