suria

Angah Projector Band kesal cubaan tabur fitnah, dituduh tubuh kumpulan baharu kerana mahu balas dendam

GITARIS Projector Band iaitu Angah meluahkan rasa kesal apabila niatnya untuk aktif berkarya bersama kumpulan baru iaitu Satu Band kurang disenangi sesetengah pihak.

Kata Angah atau Razif Zainuddin, 32, individu berkenaan didakwa melamparkan fitnah dengan mengatakan tujuan kumpulan itu diwujudkan bagi membalas dendam terhadap ahli Projector Band.

"Bila saya tengah sibuk dengan urusankan pelbagai perkara untuk majlis pelancaran dan pelancaran lagu Satu Band, tiba-tiba muncul komen seolah-olah nak provok saya.

"Saya rasa mungkin individu itu malas membaca sebab kalau dia mengikuti perkembangan Satu Band jadi akan tahu.

"Selalunya yang komen akan mengunakan akaun palsu tapi individu ini gunakan akaun sendiri untuk komen," kata Angah.

Menurut Angah, individu berkenaan mendakwa tujuan Angah memwujudkan Satu Band itu disebabkan terlalu kecewa apabila lagu ciptaannnya iaitu Sinar Pelangi tidak dapat tercalon di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) tahun lalu.

"Ya memang sedikit kecewa tapi mana ada sampai buat keputusan wujudkan kumpulan baru, saya masih lagi dengan Projector Band dan Satu Band adalah kumpulan lama saya," luah Angah.

Dalam perkembangan lain, selain masih aktif bersama kumpulan Projector Band dan Satu Band, gitaris itu sudah menubuhkan syarikat rakamannya sendiri iaitu AR Muzik pada tahun 2022 dan sudah memiliki 10 orang artis dibawah naungannya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi