suria

Lama Joey nak ‘move on’ selepas tersingkir Famili Duo, Watie sedih tengok suami termenung

SELEPAS tersingkir di Separuh Akhir Famili Duo Musim Keempat (FD4), isteri kepada Joey Daud iaitu Watie Sadali mendedahkan keadaan sebenar suaminya itu.

Kata Watie, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 51, berasa sangat kecewa dan mengambil masa untuk ‘move on’ apabila mendapat komen pedas daripada juri Mas Idayu yang mengatakan dia lupa lirik.

“Suami saya sangat sedih. Sebenarnya apa yang dia buat (persembahan), atas dasar orang atas suruh. Dia mahu tampil kreatif, tetapi kena potong. Jadi disebabkan ikut sahaja (arahan), dia tidak sangka yang dia tersingkir.

“Dia sangat kecewa dan sedih apabila dia tidak ingat lirik sebab sebenarnya latihan pun memang seperti itu. Abang (Joey) lama nak ‘move on’. Dia asyik termenung sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam masa saya, Norwati juga memaklumkan yang Joey sebenarnya lebih suka menjadii pelawak dan pengacara berbanding nyanyian.

“Kalau ikutkan, dia kata memang tidak mahu menyanyi sebab tiada ‘ong’. Dia sudah merajuk nak menyanyi lagi dan lebih suka jadi pelawak dan pengacara,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi