suria

Berdepan gangguan mistik, The Lima amalkan baca al-Quran dua hari sebelum konsert GV

PENYANYI Kumpulan The Lima mendedahkan mereka ada menerima gangguan mistik sejak minggu pertama Gegar Vaganza 11 (GV11) berlangsung.

Bagi mengelakkan perkara tersebut mengganggu persembahan mereka, salah seorang ahli iaitu Bony akan kerap membaca al-Quran pada Jumaat dan Sabtu iaitu sebelum hari pertandingan.

“Ya, kami ada terima gangguan. Apabila mahu buat persembahan itu, kami rasa ‘dingin’ dan Bony pula suaranya seperti ‘tidak steady’.

“Disebabkan itu, dia setiap Jumaat dan Sabtu akan bawa al-Quran untuk mengaji sebagai pendamping dan dapat pertolongan daripada Allah,” katanya kepada mStar.

Malah mereka juga tidak menganggap bahawa perkara mistik itu dihantar oleh orang dikenali yang bertujuan menjejaskan persembahan mereka dalam Gegar Vaganza.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi