suria

Ikut kehendak pengarah, Aniq Durar sanggup tayang badan tapi ada batas

DEMI memenuhi kehendak pengarah dan juga skrip sesebuah naskhah, pelakon Aniq Durar sanggup melakonkan babak yang memerlukan dirinya menayangkan badan.

Kata Aniq atau Awangku Aniq Durar Pengiran Malyx, 31, dia sentiasa ingin memberikan yang terbaik dalam lakonannya supaya dapat memuaskan hati produksi dan juga penonton.

“Saya okay nak tunjuk badan. Saya sebagai pelakon, saya kena ikut kehendak pengarah dan juga skrip. Kalau skrip minta saya buka baju, saya kenalah buat seperti itu.

“Ini adalah demi karier dan juga watak saya. Tapi semestinya ada batasnya untuk saya tayang badan,” katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai watak impiannya, Aniq memaklumkan dia teringin untuk cuba membawa karakter ‘nerd’.

“Saya sebenarnya suka cerita Sci Fi (Fiksyen Sains) fantasi contohnya macam Lord Of The Ring. Saya memang suka sebab ‘nerd’. Saya teringin untuk bawa.

“Setakat ini tiada lagi dapat naskhah seperti itu. Mana tahu satu hari Bollywood tawar kepada saya ke?” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aniq merupakan salah seorang pelakon dalam filem Papa yang bakal ditayangkan pada 2 Januari depan.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi