suria

Man Bai ada hak luah pendapat, Arrora Salwa tak tersinggung dilabel penyanyi kenduri kahwin

DIKATEGORIKAN sebagai penyanyi kenduri kahwin oleh Man Bai, peserta Gegar Vaganza 11 (GV11) Arrora Salwa terbuka menerima pendapat orang lain selagi ia tidak menutup pintu rezekinya.

Kata Arrora atau Salwa Md Razak, 39, dia tidak tersinggung dengan kenyataan tersebut malah mengambilnya sebagai satu pembakar semangat dalam memberikan persembahan memukau pada minggu seterusnya.

“Kita ini ada dua kategori manusia iaitu positif dan negatif, berilmu dan tin kosong. Setiap orang boleh keluarkan pendapat masing-masing. Biarkan dia keluarkan pendapat dia.

“Bagi saya, secara jujur tidak sedih dikutuk. Biarkan mereka mahu cakap apa selagi ia tidak menutup pintu rezeki saya. Tetapi kalau mengganggu, kita hantar ‘surat cinta’ kepadanya,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Arrora juga tidak mengambil peduli apabila ada suara-suara sumbang yang mengatakan dia hanya menjual muka di pentas GV11.

“GV ini bukan untuk menyanyi sahaja tetapi ini pentas bisnes yang sangat besar. Kalau saya tiada bakat besar daripada segi suara, mungkin ada di tempat lain,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi