suria

Komen dua markah Ajai buatkan Hafiz Zainal lebih semangat, mahu tunjuk bukti boleh menyanyi di OIAM

PERNAH mendapat kritikan teruk oleh juri iaitu Ajai semasa menyertai program Big Stage musim ketiga tidak membatalkan hasrat penyanyi Dr Hafiz Zainal untuk mengejar impiannya.

Malah kata Hafiz, 32, selepas peristiwa tersebut, dia lebih cakna dan banyak belajar mengenai ilmu teknikal berkenaan mikrofon dan ‘ear monitor’ bagi mengelakkan perkara sama berulang.

“Komen lalu itu adalah berkenaan teknikal. Jadi sekarang ini saya lebih cari ilmu berkenaan teknikal iaitu mikrofan dan juga ear monitor. Selain daripada nyanyian, ilmu teknikal juga saya belajar sekarang,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Hafiz berlapang dada menerima sebarang komen dan mahu membuktikan perubahannya menerusi program One In A Million.

“Saya masuk pertandingan bukan mahu menjadi popular. Saya hanya mahukan pengalaman supaya orang dapat lihat saya ini sebagai seorang penyanyi. Saya mahu perbaiki diri saya,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi