suria

Tiada perancangan selepas tersingkir GV11, Illa Sabry mungkin ucap ‘goodbye’ kepada dunia seni

SELEPAS tersingkir di minggu keenam program Gegar Vaganza 11 (GV11) pada malam Ahad, penyanyi Illa Sabry memberi bayangan dia bakal menamatkan karier nyanyian buat selama-lamanya.

Bagaimanapun kata Illa atau Fasillah Sabry, 45, sekiranya mendapat tawaran merakamkan lagu baharu, dia akan mempertimbangkan keputusan tersebut dan kembali bergiat aktif.

“Saya memang tidak apa rancang apa-apa (selepas tersingkir GV) sebab saya masuk pun hanya untuk mencuba dan ubati kerinduan.

"Jadi selepas ini, kalau ada lagu yang menarik, boleh saya teruskan karier saya.

“Tetapi kalau tiada, saya akan ‘goodbye’ kepada dunia nyanyian selamanya,” katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai penyingkiran di GV11, Illa berkata dia sudahpun menjangkakan perkara tersebut dan menerima dengan hati yang terbuka.

“Saya ada ‘anxiety’ dan ketakutan di atas pentas yang teruk. Apapun, saya bangga dengan diri sendiri,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi