suria

Sathia sedih tak dapat ziarah Lan Zailan, teringat setiap kali jumpa arwah mesti cakap Tamil

PELAKON Sathia meluahkan rasa sedih apabila dia tidak dapat menziarahi pengebumian rakan baiknya iaitu Allahyarham Lan Zailan pada 19 Disember lalu.

Kata Sathia atau nama sebenarnya Sathia Periasamy, 60, ini kerana keadaan kesihatannya kurang baik selepas diserang angin ahmar sehingga menyebabkan dia tidak boleh berjalan.

“Kawan-kawan saya ramai yang sudah meninggal contohnya Lan Zailan. Dia kawan baik saya, setiap kali jumpa dia akan cakap bahasa Tamil.

“Saya sedih ketika dia meninggal sebab saya tidak boleh pergi disebabkan sakit. Saya hanya duduk rumah dan sembahyang untuknya,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan kesihatannya, Sathia memaklumkan dia kini perlu mendapatkan rawatan di hospital sebanyak tiga kali seminggu akibat strok.

Dalam perkembangan lain, Sathia menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Kementerian Komunikasi atas sumbangan yang diberikan semasa kunjungan Ziarah Seni Madani di kediamannya terletak di Setapak, Kuala Lumpur pada Jumaat.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi