suria

2024 tahun sedih Sharul Kamal, selalu menangis kenang nasib diri

PENYANYI Sharul Kamal menganggap 2024 sebagai tahun yang mencabar apabila banyak syarikat rakaman tidak menerimanya untuk bernaung di bawah pengurusan mereka.

Mengakui sedih, Sharul atau Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 29, bagaimanapun melihat perkara itu daripada sudut positif dan akan terus berusaha memperkukuhkan karier nyanyian tahun ini.

“2024 bukanlah tidak best, tetapi ia memberi satu pengajaran besar buat saya iaitu banyak syarikat rakaman yang saya ‘pitch’ lagu namun ditolak. Itu merupakan satu tamparan hebat buat saya.

“Menangis jugalah sebab saya ini manusia biasa. Saya bukannya ada gaji tetap. Nyanyian dan bakat ini merupakan gaji saya. Kalau ada gaji itu, tidak kisah sangat.

“Rasa seperti bakat tidak dipandang. Itu yang buat saya rasa terkilan dan sedih,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun Sharul tetap meluahkan rasa syukur apabila pelbagai perkara yang sudah dikecapi pada 2024 antaranya memasuki program realiti dan beberapa projek besar yang lain.

TONTON TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi