NAMPAKNYA impian pelakon Nabil Aqil memiliki teman wanita belum tercapai apabila mendedahkan dia sering ditipu.
Apa lebih menakutkan kata Nabil atau Mohammad Nabil Aqil Mohd Salehuddin, 27, individu yang ingin berkenalan dengannya di media sosial adalah golongan lelaki songsang yang menyamar sebagai wanita.
"Sudah banyak kali saya terkena. Bila tengok gambar cantik tapi rupa-rupanya lelaki!
"Perempuan pun ada yang pakai gambar palsu dan banyak kali juga saya terkena," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Nabil menjelaskan dia ingin mencari teman wanita kerana berasa sunyi selepas lima tahun tidak mempunyai kekasih.
"Saya tidak rasa 'left out' tetapi ada terdetik rasa sunyi. Malam-malam terasa sangat bosan sebab tiada siapa yang boleh saya telefon," ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI