MEMPAMERKAN persembahan memukau, kemenangan Marsha melalui lagu Hening Rindu pada Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) direstui banyak pihak termasuk juga guru vokal iaitu Adzrin Adzhar.
Kata Adzrin, lagu Marsha yang sarat dengan teknikal membuatkan lagu tersebut dianggap berbeza berbanding finalis lain sehingga mampu mengangkatnya sebagai juara.
“lni merupakan Anugerah Juara Lagu (AJL). Lagu Marsha iaitu Hening Rindu ini sangat bijak. Teknikalnya agak rumit iaitu sekejap turun, sekejap naik. Kita tidak boleh jangka.
“Walaupun susah, Marsha sampaikannya dengan kemas dan sedap. Sebab itulah lagu ini juara,” katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, Adzrin juga mengakui lagu Nadeera iaitu Bukan Lagi Kita merupakan saingan terdekat untuk Marsha.
“Nadeera ini merupakan seorang bintang yang menyinar. Saya sangat puji dia sebab dia berani keluar ketika negara kita sudah ada diva iaitu Marsha, Aina dan Ernie.
“Kalau kita tengok semua finalis, yang dapat nombor semuanya lagu terbaik,” ujarnya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI