KEKURANGAN diri tidak menghalang bekas ahli kumpulan Caliph Busker iaitu Fendy menyambut kemeriahan hari raya Aidilfitri bersama anak tersayang iaitu Azalea Zafirah.
Berat ujian ditanggung, Fendy atau Fendy Adlun, 34, mengakui sering berasa sedih dan tertekan kerana perlu melalui kehidupan sendirian tanpa sokongan mana-mana pihak.
“Kehidupan saya macam biasa sebab selepas keluar daripada kumpulan lama tu jadi saya memang kena kuat bekerja sebab saya sudah tidak senang macam dulu.
“Kalau dulu tunggu orang hubungi untuk panggil buat show tapi sekarang terbalik saya pula kena cari, kena peka dan tak boleh duduk santai saja.
“Raya tahun ini saya dan anak raya di Kuala Lumpur secara santai saja. Ada pergi beraya di rumah kawan, lagipun di kampung sudah tiada siapa dan kawan pun tak ada,” kata Fendy kepada mStar.
Untuk segmen mStar Baek musim ketiga ini, mStar bekerjasama dengan KPJ Healthcare mengunjungi kediaman penyanyi ini di Cheras, Selangor bagi mengetahui perkembangan terkini Fendi.
KPJ Healthcare diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Pakar KPJ Kajang iaitu Faizuddin Yusof syukur melihat sendiri kehidupanFendy.
Selain sumbangan wang tunai Rm3,000, Fendy juga diberikan kad rawatan bagi melayakkannya dan keluarga mendapatkan rawatan percuma di mana-mana Klinik Waqaf An Nur di seluruh Malaysia.
Program mStar Baek ini bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.
TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI