suria

Peminat Mierul Aiman bukan jenis fanatik, pandai jaga batasan jika bertemu

KALAU sudah namanya pelakon, semestinya seseorang sosok tubuh yang dikenali ramai itu mempunyai golongan peminat fanatik.

Malah ada juga terpaksa memasang pengawal peribadi supaya peminat mereka ini tidak bertindak diluar jangkaan dan terlalu agresif apabila berjumpa bintang pujaan mereka.

Bagi pelakon Mierul Aiman, dia bersyukur peminatnya tidak pernah bertindak diluar kawalan sebaliknya sentiasa menjaga batas terutamanya dalam kalangan penggemar wanita.

"Setakat ini Alhamdulillah tiada peminat yang agresif atau bersikap di luar batasan.

"Saya percaya, apa yang terjadi (hubungan bersama peminat) hasil daripada karya saya dalam lakonan. Jadi, saya terima sahaja.

"Alhamdulillah banyak juga hadiah mereka berikan seperti cincin, gelang, rantai malah ada menghadiahkan al-Quran. Bagi saya itu semua adalah penghargaan dan saya akan simpan," katanya kepada mStar.

Malah pelakon berusia 27 tahun itu juga terbuka sekiranya terdapat peminat yang ingin hadir ke rumahnya sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

"Setakat ini tiada yang serbu lagi rumah saya, mungkin disebabkan saya baru sahaja pindah.

"Tetapi saya terbuka sahaja kalau tiba-tiba ada peminat datang dengan niat untuk menguatkan ukhwah bersama,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi