SUDAH 12 tahun pelakon Eira Syazira tidak pernah lagi menjamah dua hidangan popular Pantai Timur iaitu nasi dagang dan nasi kerabu walapun dia berasal dari Kelantan.
Eira atau Syazira Sarimah Sakinah Almera Shuhaimi, 41, berkata, dia tidak lagi menyentuh dua hidangan itu sejak pemergian ibu tercinta iaitu Allahyarham Che Ruhani Che Hassan pada 2013.
Bagi Eira, dua masakan itu bukan sahaja mengingatkan dia kepada ibunya malah tiada siapa dapat menandingi masakan Allahyarham.
"Saya sampai sekarang tak boleh makan nasi kerabu dan nasi dagang. Ini disebabkan dulu ibu saya ada berniaga di medan selera khusus masakan Kelantan.
"Jadi sampai sekarang saya tak makan dua juadah itu walaupun ada orang lain cakap ia sedap. Semestinya bagi saya masakan ibu adalah paling enak," katanya kepada mStar.
Untuk rekod, ibu Eira menghembuskan nafas terakhir pada 27 Mei 2013 di Hospital Putrajaya akibat kanser payudara tahap empat.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI