BEKAS penyampai radio Hot Fm iaitu Fizie memberitahu ketiadaan pelawak Shuk Sahar dalam Dol’s Podcast memberi impak berbeza terhadap dirinya.
Rindu untuk kembali bersama, Fizie atau Mohammad Hafizie Roslan, 37, berkata buat masa ini Dol's Podcast membuat keputusan merehatkan Shuk bagi memberikan ruang buat pelawak itu menyelesaikan isu berkenaan rumah tangganya.
“Rindu dengan kelibat dia sebab kami hasilkan podcast ni daripada mula bersama dan dia (Shuk) pun sudah rekod hampir 70 episod, 20 episod tanpa Shuk jadi rasa agak kurang sikit.
“Shuk antara penyeri sebenarnya dalam Dol’s Podcast ni sebab saya ni lebih kepada soalan yang serius, Mamat dan Shuk ni antara individu yang boleh bertanya soalan luar daripada kotak.
“Kami selalu berhubung boleh katakan setiap hari tapi buat masa ini kami merehatkan Shuk buat sementara waktu bagi dia selesaikan beberapa isu masalah berkaitan dirinya terlebih dahulu, kalau semuanya sudah okay baru dia kembali,” kata Fizie kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI