suria

Elak guna password klasik '123456'... paling lemah, diulang pakai lebih 7 juta kali

Kata laluan 123456 paling kerap digunakan. Foto: zdnet

LEBIH sejuta maklumat yang bocor menunjukkan kata laluan ulang pakai yang klasik adalah '123456'.

Satu kajian yang dijalankan oleh seorang pelajar kejuruteraan komputer, Ata Hakcil bulan lalu setelah kombinasi kata laluan bocor di atas talian selepas melanggar data protokol.

Hakcil yang merupakan pelajar di sebuah universiti di Cyprus, Turki memuat turun lebih sejuta data yang bocor.

ARTIKEL BERKAITAN: Mesra dipanggil Encik Google... ia ibarat teman baik, tapi ada 5 helah kalau nak cari info tepat!

Ia membawa kepada penemuan lebih sejuta kelayakan set data termasuk 168,919,919 kata laluan yang unik, serta lebih 7 juta menggunakan 123456.

Ini bermakna satu daripada 142 kata laluan termasuk sampel yang dianalisis Hakcil adalah paling lemah dengan nombor 123456 sering diulang guna secara online sejak lima tahun berturut-turut.

Malah, Hakcil juga menemui hasil kajian dengan kata laluan yang sederhana panjang adalah 9.84 karektor sekaligus ia tidak bagus.

Rata-rata pakar keselamatan siber menyarankan supaya menggunakan kata laluan yang panjang, antara 16 hingga 24 karektor.

Sebagai tambahan, Hakcil memberitahu, kata laluan yang rumit juga boleh mendatangkan masalah, dan hanya 12 peratus sahaja kata laluan mempunyai 'special character'.

Kebanyakan pengguna, lebih gemar memilih kata laluan menggunakan abjad (29 peratus) atau nombor (13 peratus). -Zdnet

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kata Laluan, 123456, Bocor, Lemah

Artikel Lain