suria

Pernah terfikir bagaimana kucing tahu jalan balik rumah? Peta mental adalah jawabnya

Penyelidik menjelaskan betapa terkejutnya kucing apabila mendengar suara manusia secara tiba-tiba sama ada yang dikenali ataupun tidak. - Gambar Instagram @puoi_vedermi

KUCING merupakan sejenis haiwan jinak yang gemar dijadikan peliharaan manusia di rumah, namun pernahkah anda mendengar tentang 'kelebihan' kucing yang mampu menemui jalan pulang ke tempat asal pemiliknya.

Penyelidikan kini mendedahkan bahawa kucing mempunyai 'peta mental' yang menjadikan mereka berpotensi menghafal lokasi atau mengetahui kawasan orang berhampiran berdasarkan sumber bunyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke kucing mengiau di tengah malam sebab nampak hantu? Ini penjelasannya

Berikut merupakan faktor bagaimana kucing menemui jalan pulang, termasuk;



Si bulus boleh menghafal peta jalan pulang walaupun berada di tempat yang jauh. - Gambar Instagram @zulianawang

1. Kucing mengenali suara pemiliknya

Mereka membuktikan hipotesis ini melalui eksperimen yang dijalankan dengan memainkan rakaman suara manusia yang memanggil nama kucing.

Kucing kemudian memainkan semula rakaman itu di fikiran.

Bezanya kali ini ia dimainkan melalui pembesar suara di lokasi yang berbeza, supaya bunyi yang sama dapat didengari dari jarak yang lebih jauh.

Kucing-kucing itu akan kelihatan terkejut apabila suara yang dikenalinya datang dari lokasi yang tidak disangka-sangka.

2. Si bulus gunakan isyarat audio

Para penyelidik membuat kesimpulan bahawa kucing menggunakan isyarat audio sebagai sumber utama maklumat dalam mencari teman mereka - keupayaan kognitif ini sebelumnya tidak diketahui pakar wujud dalam diri kucing.

Penyelidik menggelarkan keupayaan untuk mengetahui keberadaan seseorang walaupun mereka tidak dapat dilihat adalah simptom dalam badan si bulus sebagai objek kekal.

Berbeza dengan manusia, keupayaan keabadian objek umumnya dikembangkan pada usia 8-12 bulan.

Oleh sebab itulah bayi mula dapat mencari barang-barang yang tersembunyi dan mula sedar bahawa ibu bapa atau penjaga mereka tidak akan hilang walaupun si comel tiada disekeliling.



Kucing boleh mengesan mangsa tersembunyi dalam keadaan penglihatan yang lemah. - Gambar instagram @bamtorine0905

3. Kemahiran penglihatan melalui fizikal

Menurut jurnal PLOS One, penyelidikan terdahulu menunjukkan bahawa object permanence juga dikongsi oleh primata seperti cimpanzi (Pan troglodytes), bonobo (Pan paniscus), gorila (Gorilla) dan orang utan (Pongo pygmaeus); dan bukan primata seperti jay Eurasia (Garrulus glandarius), beruang (Melursus ursinus dan Helarctos malayanus euryspilus), anjing (Canis lupus familiaris), dan kucing (Felis catus).

Kajian itu menguji objek kekal kucing kerana diketahui mempunyai pendengaran yang luar biasa. Mereka juga dapat mencari mangsa tersembunyi dalam keadaan penglihatan yang lemah seperti situasi gelap.

"Sememangnya, kucing kelihatan pandai menyimpulkan kehadiran fizikal dan sosial berdasarkan bunyi yang didengari," kata penulis kajian ini.

Sebelum ini, calon kedoktoran di Universiti Kyoto, penulis utama kajian, Saho Takagi, mendapati bahawa apabila kucing mendengar suara pemiliknya, ia mengharapkan untuk dapat melihat wajah tuannya.

4. Perbezaan kucing bertuan dan tanpa tuan

Dalam kajian lain, kucing juga telah menunjukkan bahawa ia boleh membezakan antara suara manusia yang dikenali dan tidak diketahui.

Kajian itu membahagikan kucing kepada tiga jenis kumpulan, dan setiap kumpulan dibahagikan kepada dua bergantung kepada tempat kucing itu tinggal sama ada di kafe si bulus atau rumah.

Kumpulan pertama mendengar semula rakaman suara penjaga mereka di fikiran atau orang yang tidak dikenali memanggil namanya - manakala kumpulan kedua mendengar suara bunyi kucing lain, dan kumpulan ketiga mendengar bunyi elektronik rawak.

Setiap kumpulan mendengar gabungan bunyi yang berbeza - pun begitu, hasil kajian mendapati semua kucing dapat memetakan lokasi orang lain secara mental berdasarkan bunyi.



Kucing memberi tindak balas melalui renungan, telinga dan gerak tubuh terhadap bunyi yang didengari. - Gambar Instagram @bamtorine0905

5. Kucing terkejut apabila mendengar suara

Penyelidik mencatat betapa terkejutnya kucing apabila mendengar suara manusia secara tiba-tiba.

Kemudian menilai tahap kejutan kucing pada skala kosong (tidak terkejut sama sekali) hingga empat (sangat terkejut).

Tanda-tanda si bulus terkejut dapat dilihat melalui cara mereka merenung kedudukan asal suara.

Kemudian menggerakkan telinga dan kepala melihat sekeliling sehingga mereka bergerak di sekitar bilik.

Berdasarkan lima kenyataan di atas, hasil kajian itu menunjukkan bahawa tindak balas kejutan yang paling besar berlaku apabila sumber bunyi bergerak.

Pengkaji menyebut kebolehan membentuk imej mental dunia luar adalah keupayaan penting dalam sistem pemikiran yang kompleks - jadi penemuan ini mungkin memberikan pandangan baharu yang berguna untuk kajian kognisi kucing pada masa hadapan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain