suria

Lafaz 7 kali ‘Aku Melayu’ kemudian pukul gong... Jabatan agama sedang siasat ajaran sesat minta orang ramai tak terpengaruh

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan meminta agar orang ramai tidak terpengaruh dengan ajaran tersebut.

SEJAK beberapa hari lalu, tular sebuah video di laman sosial mengenai seorang wanita didakwa memperkenalkan ajaran Islam Melayu yang dilihat bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Menerusi video yang tular itu, pengikut dilihat melafazkan Syahadah pelik berbunyi (iLa Ha iLa Ra iLa Ma) berserta dengan pengakuan 'Aku Melayu' sebanyak tujuh kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada pihak dakwa boleh berjudi ketika musibah Covid-19 tapi awas, ia tetap haram walaupun terdesak!

Dalam video sama, wanita itu turut didakwa menghina Allah dan Nabi Muhammad serta hadis sahih dalam beberapa hantaran di Facebook miliknya.

Mengulas mengenai perkara itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan meminta agar orang ramai tidak terpengaruh dengan ajaran tersebut.

Nasrudin menjelaskan ajaran yang dibawa oleh wanita berkenaan jelas sesat dan menyesatkan.



Antara ritual yang didakwa dilakukan bagi pengikut yang menyeratai ajaran itu.

"Menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab. Kononnya mereka membawa Islam Melayu.

“Jelas ia adalah ajaran yang sesat lagi menyesat, ” ulas Nasrudin di Facebook miliknya.

Mengulas lanjut mengenai isu itu, Nasrudin memberitahu dari sudut penguatkuasaan, pihak berkuasa agama sedang menyiasat tentang perkara tersebut selain sedang merencana tindakan berhikmah.

“Bagi agensi dakwah seperti YADIM pula sentiasa siap untuk memberi kefahaman dan pemurnian aqidah serta fikrah.

"Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang dibawa oleh individu tersebut," katanya.

Dalam hantaran sama, Nasrudin memberitahu mengenali individu tersebut sekitar 20 tahun lalu.

"Saya sendiri pernah mengenali beliau sepintas lalu lewat 20 tahun yang lalu semasa beliau masih belajar," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan