suria

Amalan tak diterima 40 hari jika berjumpa dukun... Jika seseorang percaya kehebatan bomoh pula, mereka tergolong orang yang kufur

Perbuatan syirik adalah besar dosanya dalam Islam.

MEMPELAJARI sesuatu ilmu baharu adalah sangat dituntut dan digalakkan dalam Islam. Ini kerana dengan belajar maka seseorang itu akan dapat mengelakkan daripada sebarang penipuan dan akan melesapkan kejahilan keatas dirinya lebih-lebih lagi ilmu yang dipelajari adalah ilmu yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah.

Firman Allah di dalam Surah At-Taubah ayat 122: Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

ARTIKEL BERKAITAN: Seseorang yang banyak solat dan beribadah tapi sering sakiti jiran dengan lidahnya... Lalu Nabi bersabda: “Dia akan masuk ke dalam neraka”

Pada ayat ini, Allah dengan jelas menyatakan suruhan untuk sebahagian umat Islam mempelajari ilmu lebih-lebih lagi ilmu agama dan kemudian mengajarkannya pada orang ramai.



Baru-baru ini kita dikejutkan seorang pemuda kantoi melakukan ilmu sihir di rumahnya yang disangka terbakar.

Syeikh al-Sa’di ketika menafsirkan ayat ini berkata bahawa Allah menyuruh sebahagian daripada umatnya untuk mempelajari ilmu syarak dan mempelajari larangan-larangan agama, memahami rahsia-rahsianya, dan mempelajari juga ilmu selainnya dan seterusnya mengajar kaumnya setelah sebahagian dari mereka yang lain pulang (dari berjihad). [Tafsir al-Sa’di hlm. 355].

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita yang menggemparkan Malaysia, seorang pemuda mempelajari ilmu sihir dan mengamalkannya.

Ramai tidak menyangka pada mulanya rumah yang dikatakan berapi pada setiap malam sebenarnya tempat seorang pemuda berusia 23 tahun menjalankan kegiatan sihir.

Berbalik kepada persoalan hukum, apakah hukum seseorang mempelajari ilmu sihir? Bagaimana pula hukum mereka yang berjumpa dengan ahli sihir untuk meminta hajat kepada mereka?

Dalam Islam mempelajari ilmu sihir adalah haram sebagaimana sabda Baginda Rasulullah: Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita yang beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina." - [HR Bukhari 2766].



Syaitan berusaha untuk menyesatkan manusia dan menyuruh manusia untuk syirik kepada Allah.

Hadis ini menunjukkan mempelajari sihir dan mengajar serta mempraktikkannya adalah haram. Ibn Qudamah berkata: Sesungguhnya mempelajari sihir dan mengajarkannya adalah haram. Tidak ada khilaf padanya dalam kalangan ahli ilmu. - (Lihat al-Mughni, 8/151).

Kita perlu ketahui bahawa syaitan berusaha untuk menyesatkan manusia dan menyuruh manusia untuk syirik kepada Allah. Firman Allah di dalam Surah Al-Hasy ayat 16: (Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam.

Hukum mereka yang berjumpa dengan ahli sihir pula bagi tujuan memintanya mengubati sihir atau meminta untuk menyihirkan seseorang adalah haram.

Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fatawa al-Mu’asirah berkata: Diharamkan untuk pergi kepada tukang sihir sama ada untuk melakukan sihir atau pengubatan sihir.

Maka semua itu sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis Nabawi adalah salah satu jenis daripada syirik kepada Allah kerana ia adalah keyakinan dengan mengetahui yang ghaib atau pengubatan penyakit melalui perantaraan selain Allah. - (al-Fatawa al-Mu’asirah, hlm. 319).



Antara bahan bukti yang ditemui.

Mereka yang berjumpa dengan tukang sihir pula terbahagi kepada dua golongan dan setiap satu mempunyai hukum yang tersendiri, iaitu:

1. Barang siapa yang pergi kepada tukang sihir dan tidak mempercayainya, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 malam. Sabda Baginda Rasulullah: Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam. - [HR Muslim 5957].

2. Barang siapa yang pergi berjumpa dan mempercayainya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad yang telah diwahyukan oleh Allah kepadanya hal-hal yang ghaib. Tidak ada yang mengetahui hal-hal ghaib kecuali Allah. - (al-Fatawa al-Mu’asirah, hlm. 319).

Sabda Baginda Rasulullah: Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu dia membenarkan apa yang dikatakannya, maka sungguh ia telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. - [HR Ahmad 9171].

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasulnya maka jalan terbaik dalam mengubati ialah dengan menggunakan ruqyah (jampi) yang berasaskan ayat-ayat Quran dan Sunnah.



Hukum mereka yang berjumpa dengan ahli sihir pula bagi tujuan memintanya mengubati sihir atau meminta untuk menyihirkan seseorang adalah haram.

Antara amalan yang boleh diamalkan untuk mencegah sihir atau mengubati dari sihir ialah:

1. Mengamalkan bacaan ayat Kursi

2. Mengamalkan bacaan 3 Qul iaitu Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas selepas solat dan sebelum tidur.

3. Berdoa dengan doa yang diajarkan Jibril kepada Baginda Rasulullah: Dengan menyebut nama Allah, aku membacakan ruqyah untukmu dari segala sesuatu yang mengganggumu dari kejahatan setiap jiwa dan pengaruh ‘ain. Semoga Allah menyembuhkanmu. - [HR Muslim 5829].

Perlu difahami bahawa sihir tidak mungkin dilawan dengan sihir. Begitu juga kejahatan tidak mampu untuk membatalkan kejahatan yang lain. Yang mampu membatalkannya hanyalah Allah. Hal ini sebagaimana kisah Nabi Musa dengan ahli sihir Firaun yang dicatatkan dalam al-Quran Surah Taha ayat 70:

Maksudnya: (Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa".

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain