suria

Genggam PhD pada usia 27 tahun cabaran hebat ketika jadi pelajar di luar negara... Dr Hadi kongsi petua elak pelajar tertekan

Dr Hadi berkongsi pengalamannya menjadi pelajar di luar negara.

MENUNTUT ilmu merupakan satu kefarduan ke atas setiap Muslim lebih-lebih lagi jika seseorang itu menuntut ilmu fardu ain.

Adapun selain daripada ilmu fardu ain maka ia jatuh kepada hukum fardu kifayah. Ini bertujuan supaya mereka yang mempelajari sesuatu ilmu boleh mengajarkan kepada orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan akibat pandemik dapat diatasi dengan amalan 3 kaedah psikospiritual secara Islam

Ini berdasarkan firman Allah di dalam Surah At-Taubah ayat 122: Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Viva PhD.

Dr Hadi yang juga kolumnis segmen Addin mstar ketika pembentangan viva PhD di Universiti Qadi Ayyad Maghribi.

Pada ayat ini, Allah dengan jelas menyatakan suruhan untuk sebahagian umat Islam mempelajari ilmu agama dan kemudiannya mengajarkannya pada orang ramai.

Syeikh al-Sa’di ketika menafsirkan ayat ini bahawa Allah menyuruh sebahagian daripada umatnya untuk mempelajari ilmu syarak dan mempelajari larangan-larangan agama, memahami rahsia-rahsianya, dan mempelajari juga ilmu selainnya dan seterusnya mengajar kaumnya setelah sebahagian dari mereka yang lain pulang (dari berjihad). - (Tafsir al-Sa’di hlm. 355).

Sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa kejadian yang menggemparkan di mana ada beberapa orang pelajar yang meninggal dunia kerana terlalu tertekan akibat pembelajaran (sama-sama doakan agar roh mereka dirahmati dan diredai Allah).

Suka ustaz untuk kongsikan pengalaman ustaz yang pernah menjadi pelajar di bumi Maghribi hampir 10 tahun dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh (Maqasid Syariah) dari Ijazah Sarjana Muda kemudian menyambung ke peringkat Sarjana di Universiti Ibn Tofail Maghribi.

WhatsApp Image 2021-07-18 at 8.14.16 PM

Dr. Hadi ketika menyiapkan tesis Ph.D di kediamannya di Maghribi.

Seterusnya ke peringkat Doktor Falsafah dan menghabiskan Ph.D pada umur 27 tahun di Universiti Qadi Ayyad Maghribi.

Sudah menjadi lumrah sebagai seorang pelajar untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh agar harapan yang diletakkan ke atas bahu oleh orang tua kita tidak disia-siakan.

Maka mengatur strategi merupakan salah satu cara untuk seseorang itu berjaya dengan cemerlang.

Pernah satu masa ketika ustaz belajar pada peringkat Ijazah Sarjana Muda, beberapa orang pensyarah memberikan tugasan yang terlalu banyak dan perlu dihantar dalam waktu yang sangat singkat serta ujian perlu dijawab juga begitu banyak.

Mengatur strategi merupakan salah satu cara untuk seseorang itu berjaya dengan cemerlang.

DR NUR MOHAMMAD HADI ZAHALAN

PENDAKWAH/KOLUMNIS ADDIN MSTAR

Untuk pengetahuan semua, universiti-universiti Maghribi sistem peperiksaannya tidaklah sama seperti di Malaysia.

Pelajar-pelajar di sana akan diberi satu atau dua soalan sahaja yang kedua-duanya wajib untuk dijawab dalam masa dua jam dengan jawapan satu kitab yang setiap kitab hampir 150 muka surat.

Ia membuatkan kita tidak lena untuk tidur malam apabila tarikh peperiksaan diumumkan.

Ia tidak berlaku di Malaysia yang mana soalan peperiksaan di sini ada sistem perkiraan masa sesuai dengan jawapan yang akan diberikan.

Oleh yang demikian ustaz ingin kongsikan beberapa kaedah pembelajaran yang sistematik agar pembelajaran kita tidak membebankan bahkan ia menjadi satu keseronokkan. Antara panduan yang boleh dikongsikan ialah:

Study Plan

1. Mengatur masa

Strategi yang paling penting adalah dengan mengatur masa dengan baik. Apabila kita mengatur masa dan menepati setiap apa yang kita rancang ia akan memudahkan semua urusan yang mahu dilakukan.

Belajar pula perlulah mengikut waktu yang sesuai dengan diri. Kita perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur atau selepas beribadah.

Pemakanan Seimbang

Pemakanan sihat akan membantu menjadikan otak lebih cergas.

2. Menjaga pemakanan

Menjaga pemakanan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi sihat dan cergas. Kesihatan manusia sebenarnya amat berkait rapat dengan pemakanan. Individu yang tidak menjaga pemakanannya akan mudah menghidap pelbagai penyakit.

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 168: Shaykh Muhammad ‘Abd ar-Rahman al-Mubarakfuri dalam kitabnya Tuhfat al-Ahwazi ketika mensyarahkan Jami’ al-Tirmidzi menyatakan, perut yang penuh dengan makanan akan menyebabkan kerosakan agama dan dunia (tubuh badan). Apabila perut terlalu kenyang, rasa malas mula menghantui diri termasuk malas untuk melakukan amal ibadat.

Bersenam Riadah

Bersenam juga dapat meningkatkan kekuatan minda.

3. Menjaga kesihatan dengan senaman

Antara nikmat tiada ternilai harganya ialah kesihatan yang membolehkan manusia menjalani kehidupan harian, melakukan kerja dan aktiviti dengan lancar. Lebih penting, ia dapat digunakan untuk beribadat kepada Allah SWT dengan sempurna.

Namun, manusia sering alpa kerana kesihatan yang memberikan nilai dalam hidupnya hingga tidak menghargai mahalnya nikmat itu sekali gus tidak sedar ia sebahagian detik kehidupannya.

Rasulullah memberi peringatan mengenai kesihatan dengan bersabda: Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang. - [HR Bukhari 5933].

Study Group

4. Berkongsi masalah dengan sahabat rapat dalam pengajian

Sahabat adalah seorang yang setia kawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, mampu meredakan kesedihan, menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat juga merupakan orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka inilah yang akan sentiasa melindungi kita.

Seorang mukmin itu cermin bagi mukmin lainnya, dan seorang mukmin itu saudara bagi mukmin lainnya; ia membantunya saat kesulitan serta menjaganya (membelanya) dari belakang. - [HR Abu Daud 4272].

Nota

5. Membuat nota-nota ringkas

Mengulangkaji dengan nota-nota ringkas merupakan satu kaedah pengulangan yang pantas dan cepat. Ini kerana segala nota penting telah dicatitkan dalam nota ringkas yang memudahkan untuk kita bawa ke mana-mana sahaja.

Diriwayatkan bahawa Imam Syafie akan sentiasa mencatit segala apa yang diterimanya daripada Imam Malik sehinggakan pada waktu Imam Syafie tidak mempunyai alat tulis maka ia akan mencatit dengan menggunakan jari di atas tangan agar ia melekat di pemikiran.

Tidur

Tidur yang cukup adalah penting bagi seseorang pelajar.

6. Tidur yang berkualiti

Allah menyebut dalam al-Quran dalam banyak tempat bahawa Dia menjadikan malam itu untuk manusia berehat dan tidur dan waktu siang dijadikan untuk manusia mencari kelebihan-kelebihan yang dikurniakan oleh Allah.

Ada dalam kalangan pelajar yang tidak tidur pada malam hari disebabkan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti sibuk dengan permainan games atau media sosial. Ini menjadikan sistem badan kita akan bermasalah disebabkan oleh tidur yang tidak berkualiti dan akhirnya akan menyebabkan stress dalam pembelajaran.

Berdoa

Berdoa selepas berusaha adalah tanda kita bertawakal kepada Allah.

7. Beribadah dan berdoa

Sebagai seorang mukmin kita sewajibnya bergantung kepada yang Maha Esa dengan melakukan ibadah yang sempurna. Ini kerana dengan kita melakukan ibadah ia akan menjadikan tubuh badan kita berehat dengan sempurna.

Ini berdasarkan hadis Baginda Rasulullah apabila masuk waktu solat maka Baginda Rasulullah akan meminta bilal untuk azan dengan mengatakan: Rehatkan kami wahai Bilal - [HR Abu Daud 4333].

Peringkat universiti boleh menjadi sangat mencabar bagi pelajar jika tidak dapat menangani tekanan dengan sebaiknya. Kebiasannya, tahap stress atau tekanan yang dialami pelajar meningkat apabila tibanya musim peperiksaan dan penilaian.

WhatsApp Image 2021-07-18 at 8.14.09 PM

Dr. Hadi (paling kanan) bersama rakan-rakan bergambar kenangan dengan Dr Ahmad Al-Raysuni (dua dari kanan) yang kini Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia ketika di Maghribi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pelajar yang mengalami tekanan boleh mendorong mereka ke arah positif ataupun negatif. Maksudnya, jika pelajar berjaya menerima tekanan yang disebabkan penilaian yang akan datang dari sudut yang positif, mereka akan berusaha untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.

Namun, jika pelajar yang tidak dapat menguruskan tekanan yang dialami, ia boleh mendorong sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku seperti tekanan perasaan, serangan panik, kebimbangan melampau dan sebagainya.

Oleh itu uruskanlah ia dengan baik agar kita memperolehi kejayaan yang diimpi-impikkan sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah.

***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain