suria

Gandakan pahala ibadah 10 Zulhijjah... patuhi larangan memotong kuku, rambut sehingga selesai sembelih korban

Apabila masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan bagi orang yang ingin berkorban untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya, tidak juga memotong kukunya, sehingga dia selesai menyembelih korbannya.

SETIAP kali kedatangan Hari Raya Aidiladha, ramai umat Islam mengambil kesempatan untuk melakukan ibadah korban iaitu salah satu ibadah agung sebagaimana dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s kepada anaknya Nabi Ismail a.s bagi memenuhi perintah Allah SWT.

Rentetan daripada peristiwa inilah disyariatkan untuk kita melaksanakan ibadah korban.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang yang baik akhlaknya berada dekat dengan Rasulullah di akhirat kelak... Maka janganlah sakiti hati orang ketika berdakwah

Apa yang perlu diberi perhatian oleh setiap umat Islam yang berhajat melakukan ibadah korban adalah beberapa larangan yang perlu dipatuhi supaya dapat menggandakan lagi pahala korban termasuk larangan memotong rambut dan kuku sehingga selesai menyembelih korban.

Sejauh mana kebenaran anjuran ini dan adakah terdapat hadis yang menyokongnya?

Menyembelih haiwan korban adalah sunat muakkad iaitu amat digalakkan kepada umat Islam.

Menyembelih haiwan korban adalah sunat muakkad iaitu amat digalakkan kepada umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan apabila masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan bagi orang yang ingin berkorban untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya, tidak juga memotong kukunya, sehingga dia selesai menyembelih korbannya.

Hal ini jelas Zulkifli berpandukan hadith daripada Ummu Salamah r.a bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban. [Hadis riwayat Imam Muslim (1977)]

Sementara itu, Zulkifli memberitahu Al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Minhaj Syarh Sahih Muslim menyebutkan bahawa hadith ini, sebahagian ulama’ memahaminya dengan mengatakan haram untuk memotong rambut, mencabut bulu-bulu yang ada di badan serta memotong kuku dan ini adalah pendapat Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Daud al-Zahiri, Ishak dan juga sebahagian ashab al-Syafi’e.

795247

Umat Islam dijangka menyambut hari raya Aidiladha pada 20 Julai.

Adapun al-Imam al-Syafi’e dan ashabnya yang lain, Zulkifli menjelaskan mereka mengatakan bahawa larangan tersebut hanyalah makruh tanzih dan bukannya haram.

"Melihat kepada pendapat-pendapat yang ada di dalam permasalahan ini, kami nyatakan di sini bahawa bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban, apabila tibanya 1 Zulhijjah maka disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut serta bulu-bulu yang berada di badan sehinggalah selesai dia melakukan ibadah korban tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ini seperti mana pendapat al-Imam al-Syafi’e beserta ashabnya yang lain dan ini juga adalah pendapat muktamad di dalam mazhab al-Syafi’e, " katanya.

Jelas Zulkifli lagi, antara hikmah yang disebut oleh Imam Nawawi Rahimahullah dalam Syarahnya ialah larangan memotong kuku dan menggunting rambut bagi orang yang ingin melaksanakan korban ialah supaya anggota yang terdapat pada badannya itu semuanya akan dibebaskan daripada api neraka.

"Ada pendapat yang lemah menyatakan untuk menyerupai orang yang berada dalam keadaaan ihram di mana dia diharamkan untuk bergunting, mencukur, memotong kuku dan beberapa larangan lain. Wallahua’lam, " jelasnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain