suria

Iman pasang surut... ketahuilah punca dan asbabnya

Tahap keimanan seorang Muslim itu ada pasang surut tetapi ia boleh dimantapkan dengan amalan yang betul.

KEIMANAN merupakan dasar bagi seseorang mukmim yang diperinahkan agar menjalani kehidupan sesuai dengan apa disyariatkan dalam Islam.

Namun mempertahankan keimanan bukan perkara mudah apatah lagi pelbagai godaan di sekeliling yang membuatkan iman seseorang ada pasang surutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Istikharah dengan membuka al-Quran secara rawak, adakah sah hukumnya?

Sebagaimana firman Allah SWT: (Maksudnya): “Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)." - (Ali-Imran:173).

Begitu juga firman Allah:(Maksudnya): “Apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. - (al-Anfal:2).

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: (Maksudnya): “Tidak sempurna iman seorang penzina di kala ia berzina, dan tidak sempurna pula iman seorang pencuri di kala ia mencuri, dan tidak sempurna pula iman seorang pemabuk di kala ia minum khamar, sedangkan pintu taubat sentiasa terbuka sesudah itu.” - (Riwayat Muslim).

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, sememangnya terdapat pelbagai sebab yang mempengaruhi tingkat keimamanan seseorang termasuklah;

553

1. Ibadah tak sempurna tanpa ilmu

Ibadah tidak akan sempurna tanpa ilmu kerana tanpanya ibadah dipandu secara membuta-tuli. Sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud: (Maksudnya): “Sebenarnya yang takut (melanggar perintah) kepada Allah dari kalangan hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu.” - (al-Fatir: 28).

Khusyuk

2. Khusyuk

Iaitu kelembutan hati, penumpuan hati dan diri sepenuhnya terhadap sesuatu. Banyak cara bagi mendapatkan khusyuk dalam ibadah dan hasilnya akan menerbitkan kemanisan dalam beribadah yang pasti sukar untuk ditinggalkan.

Oleh itu, Allah SWT menjanjikan orang yang khusyuk adalah orang yang berjaya sebagaimana firman Allah SWT: (Maksudnya): “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya.” - (al-Mukminun: ayat 1-2).

Ceramah

3. Bergaul dan berdampinglah dengan orang yang baik-baik khususnya para alim

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: (Maksudnya): “Seseorang itu terletak pada agama rakannya, sehingga masing-masing kamu sebaiknya melihat kepada siapa dia mengambil rakannya.” - (Riwayat al-Tirmidzi).

Zikir

4. Lakukan ibadah mengikut kemampuan kita

Jangan terlalu berlebihan sehingga melahirkan rasa bosan dan membebankan. Dua rakaat sunat Tahajud yang rutin kita kerjakan setiap malam, lebih baik daripada 1,000 rakaat yang kita lakukan sekali sahaja seumur hidup.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia, ambillah amalan yang kamu mampu lakukannya (dengan rutin). Sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehinggalah kamu jemu. Dan amalan yang paling Allah cintai adalah apa yang dilakukan dengan istiqamah, meskipun sedikit.” - (Riwayat al-Bukhari).

Berdoa]

Berdoa adalah senjata bagi umat Islam.

5. Sentiasa berdoa kepada Allah SWT

Jangan pernah merasa cukup atas ibadah dan kebaikan yang kita lakukan. Sentiasa memohon dan meminta ketetapan iman dan tidak terpesong daripada jalan yang Allah redai.

Imam al-Tirmizi meriwayatkan bahawa doa yang selalu dipanjatkan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Wahai Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu." Umi Salamah: "Ya Rasulullah, mengapa tuan selalu berdoa seperti ini?" Baginda menjawab: "Wahai Umi Salamah, setiap hati anak Adam berada di antara dua jari jemari Allah. Jika Allah kehendaki, Dia akan menjadikannya lurus. Dan jika Dia kehendaki maka Dia akan menjadikannya condong kepada kesesatan.” - (Riwayat al-Tirmizi).

6. Riyak dalam beribadah

Ali bin Abi Thalib r.a, berkata: “Tanda orang yang riyak itu ada tiga: 1. Malas jika sendirian, 2. Bersemangat jika bersama-sama manusia, 3. Bertambah semangat jika dipuji dan lemah semangat jika dicela.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa melakukan perbuatan sum’ah (ingin didengar oleh orang lain), nescaya Allah akan menyebarkan aibnya, dan barang siapa melakukan perbuatan riyak, niscaya Allah akan menyebarkan aibnya.” - (Riwayat Muslim). - PEJABAT MUFTI SELANGOR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain