suria

NPD penyakit iblis, firaun... sukar dirawat, hanya pesakit boleh ubati diri sendiri!

Membaiki kerohanian atau spiritual dalam diri dapat membantu pesakit NPD pulih.

RAMAI yang tidak sedar mereka mengalami gangguan personaliti seperti penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD) atau kecelaruan personaliti narkisistik.

Ia berikutan perasaan penting diri dan keperluan untuk dikagumi yang berlebihan serta kurangnya rasa empati terhadap orang lain telah berlaku dalam jangka masa panjang sehingga dianggap sebagai kebiasaan.

Dari sudut pandangan perubatan, NPD terbatas sebagai penyakit mental dan boleh dirawat menerusi psikoterapi atau penggunaan ubat ubatan khusus bagi mengurangkan sindrom berkaitan.

ARTIKEL BERKAITAN: Perlukah sertu perkakas elektrik terpakai? Mufti beri penjelasan, terangkan konsep sebenar

Berpandangan berbeza, Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh menerusi laman Facebooknya, menyatakan NPD merupakan penyakit yang boleh diubati kerana berkait rapat dengan unsur kerohanian dalam diri seseorang.

Mengulas mengenainya, ujar beliau, dalam Islam, NPD adalah sejenis penyakit rohani iaitu sebahagian hal ehwal dalam urusan ghaib yang tidak semuanya boleh dibuktikan dengan penemuan sains.

"Ada banyak pertembungan sebenarnya dalam soal penyakit mental dan rohani atau spiritual, antara prinsip Islam dengan penemuan Barat.

"Membaca dari sumber keduanya sangat membantu untuk kita faham letak duduk perkara ini sebagai seorang Muslim yang mempunyai sistem kepercayaan (iman) yang holistik. Bukan terbatas kepada mengimani hal-hal yang ditemui secara saintifik semata-mata.

"Jadi, saya cenderung percaya bahawa NPD memang boleh dirawat. Apa jua penyakit hati, semuanya boleh dirawat... cuma, nak merawat itu mungkin sangat sukar dalam isu NPD sebab tunjang atau pokok yang mencengkam penghidapnya adalah penyakit 'Kibar'," jelas beliau.

Kebanyakan pesakit NPD adalah golongan lelaki.

Kebanyakan pesakit NPD adalah golongan lelaki.

Melihatnya sebagai penyakit yang sama menjangkiti iblis sehingga diusir dari syurga, ujar Sharifah Zahidah, disebabkan perasaan tidak mempedulikan apa sahaja kesan yang bakal berlaku, pesakit cenderung untuk tidak mengalah dengan perbuatannya.

Begitu juga, penyakit yang sama menjangkiti Firaun sehingga saat nyawa di tenggorok dan hampir tenggelam serta kebenaran telah terlihat di depan mata, dia tetap dengan kesombongan.

"Sebab itu ucapan akhir Firaun, 'Aku beriman dengan Tuhan Musa'. Dia cakap Tuhan Musa walau dia lafazkan kalimah iman... ia disebabkan NPD tidak boleh kalah.

"Jadi, Kibar (kelakuan diri yang cukup luar biasa) ini adalah apa yang sentiasa meletakkan orang NPD dalam situasi in denial. Sikap ‘menolak kebenaran’ inilah yang menghalang mereka untuk pulih menjadi normal sebenarnya," katanya.

Memetik surah Al Hajj, ayat 46 yang bermaksud: “Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga jantung hati mereka dapat digunakan untuk berfikir dan memahami, telinga mereka dapat digunakan untuk mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah jantung hati yang di dalam dada.”

Pesakit NPD perlu berusaha memusnahkan 'Kibar' yang tersemat dalam diri mereka supaya dapat pulih.

Berdasarkan surah Yunus, ayat 57 yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

Apa pun ‘penyakit dalam dada’ ini boleh dirawat, bezanya tahap kesukaran.

Jika penyakit fizikal, kita rawat dengan rawatan fizikal dan bagi penyakit spiritual sebegini, perlu dirawat dengan kaedah spiritual.

Seteruk apa pun keadaan rohani, sekeras apa pun sekeping hati atau seburuk apa pun personaliti diri, andai dibawa kepada al-Quran dan dicurahkan dengan iman dan mukjizat dari al Quran, dalam keadaan hati yang benar-benar tunduk menyerah dan ingin berubah, inshaAllah, pasti mukjizat al Quran akan menunjukkan keajaibannya dan membaiki sesiapa jua yang telah begitu jauh menyimpang dari Allah.

Cuma, cabarannya ialah penyakit Kibar itu sendiri yang seringkali sukar ditumpaskan dan seakan memustahilkan si penghidapnya untuk menerima realiti yang sebenar.

Andai pasangan kita seorang NPD, bantulah dia untuk melihat realiti diri yang sebenar jika anda kuat.

Namun jika tidak berhasil, usahlah terlalu berharap kerana mereka tidak boleh dirawat kecuali mereka ingin merawat diri mereka sendiri dan hal itu benar-benar berada di luar kawalan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain