suria

“Pelacur lagi bermaruah” - Islam larang suami isteri normalisasi 'content soft porn' di media sosial

Aksi mesra suami isteri seolah-olah dinormalisasikan di media sosial. - Gambar hiasan

SEDAR atau tidak, platform media sosial masa ini menjadi medan perkongsian 'soft porn'.

Lebih mengejutkan apabila ia dilakukan oleh mereka yang sudah berkahwin, dengan alasan setiap perkongsian tersebut adalah berunsurkan pendidikan rumah tangga.

Meskipun sekadar lakonan, mereka seolah-olah sudah hilang rasa malu ketika melakukan aksi mesra dan intim demi melariskan produk masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpengaruh ‘live’ jualan barang kemas... teliti dulu 3 syarat ini sebelum beli, elak jatuh hukum haram

Malah aksi seumpama itu semakin dinormalisasikan masyarakat berikutan ramai yang turut melakukannya sehingga menjadi 'fenomena' di media sosial.

Menyifatkan tindakan tersebut sebagai sikap individu yang tidak bertanggungjawab, pendakwah bebas, Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh turut menyelar kelompok tersebut yang dilihat mempermainkan agama.

Terdapat peniaga wanita yang mempromosikan produk jualan mereka.

Terdapat peniaga wanita yang mempromosikan produk jualan mereka.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkata, kebanyakan kandungan sedemikian dilakukan oleh mereka yang bertudung.

"Semakin banyak lahirnya TikToker yang memaparkan content suami isteri termasuk content blue dengan babak-babak atas ranjang.

"Lebih malang lagi, sambil berlakon atas katil... atas kepala isteri ada tudung dan apabila ditegur, mereka berhujah 'Kami tutup aurat kot. Bukan buat apa-apa dosa pun, korang yang fikir lebih-lebih'.

"Dia buat content 'apabila isteri datang bulan', 'goda suami pakai baju seksi', 'bila lima hari bergaduh dan suami tak keruan (tak dapat nafkah batin)'," luahnya.

Kadangkala pelacur lagi bermaruah dari sesetengah orang... pelacur jual maruah dengan bayaran, senyap-senyap.

USTAZAH SHARIFAH ZAHIDAH

Lebih menyedihkan apabila kelompok tersebut tidak dapat menerima teguran yang diberikan.

Mereka sebaliknya melenting dan marah sambil menegaskan bahawa kandungan yang dibuat itu berunsurkan kebaikan selain menyatakan pakaian yang digunakan semasa sesi rakaman, menutup aurat.

"Ditegur content menjatuhkan maruah, tidak membawa faedah, membawa kerosakan dalam ummah. Mereka melenting dan marah.

"Tudung di kepala isteri dijadikan justifikasi bahawa 'kami sebenarnya orang baik dan buat content baik, buktinya kami laki bini tutup aurat dan isteri bertudung'.

Antara content suami isteri yang sering dipaparkan di media sosial.

Antara content suami isteri yang sering dipaparkan di media sosial.

"Sekarang saya faham kenapa ramai penari TikTok pakai tudung walaupun buat tarian K-Pop dan tarian melacur diri... rupanya tudung itu sebagai perisai dan alat untuk membuktikan mereka adalah orang baik walaupun dengan content yang tidak baik," katanya.

Dalam pada itu, Ustazah Sharifah Zahidah menjelaskan bahawa, kandungan media sosial yang dilakukan oleh seseorang individu itu adalah cerminan kepada dirinya sendiri.

Malah katanya, jika individu tersebut baik maka setiap kandungan yang dikongsikan akan memberi manfaat kepada orang lain dan begitulah sebaliknya.

"Content adalah cerminan ilmu dan nilai kalian... usah 'pusing-pusing'.

"Maaf kata, kadangkala pelacur lagi bermaruah dari sesetengah orang. Pelacur jual maruah dengan bayaran, senyap-senyap.

"Sebahagian orang di media sosial lebih teruk. Mereka jual maruah tanpa bayaran, murah betul. Mereka jual maruah dengan terang-terangan dan memang minta nak viral," tambahnya.

Berdasarkan nukilan pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, suami isteri perlu mengelakkan diri daripada mempamerkan kemesraan di khalayak ramai termasuk media sosial kerana ia bukannya akhlak seorang muslim malah terlalu jauh daripada adab ketimuran yang dijunjung selama ini.

"Bermesraan antara suami dan isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yang dihalalkan. Ia adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang mempunyai naluri untuk memiliki dan dimiliki. Justeru, menzahirkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata-kata adalah perkara biasa.

"Walaubagaimanapun, Islam amat memberi perhatian terhadap isu kehormatan dan maruah suami dan isteri," katanya.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Iman itu ada tujuh puluh lebih cabang. Dan rasa malu salah satu cabang dari iman.” (Riwayat Muslim, no. 35)

Rasa malu menurut Imam an-Nawawi rahimahullah adalah: “Akhlak terpuji yang mendorong seseorang untuk meninggalkan sesuatu yang buruk dan mencegahnya dari kelalaian dalam memenuhi hak para pemiliknya.”

Dalam hal lain, beliau juga menyebutkan antara perkara yang menjatuhkan maruah adalah mencium isteri di khalayak ramai. (Lihat Minhaj al-Talibin, m. 345)

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain