RAMADAN adalah masanya untuk kita menggandakan amal ibadat kerana bulan ini ibarat lubuk pahala. Namun begitu, ramai dalam kalangan kita yang terikat dengan kerja dan komitmen hingga menyebabkan masa yang terluang untuk memanfaatkan Ramadan juga terhad. Walaupun mempunyai kekangan masa, anda tidak perlu berasa kecewa kerana Islam itu sememangnya memudahkan. Ramadan adalah satu ganjaran bonus kepada umat Islam untuk mengumpul pahala. (Gambar hiasan, Freepik) Pengasas For Him Clinic, Dr Ahmad Samhan Awang ada berkongsikan beberapa amalan oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang boleh dilakukan dengan sekejap tetapi menjanjikan pahala yang melimpah ruah. Ayuh kita lihat satu-persatu dan cuma amalkannya apabila mempunyai masa atau peluang.. Dr Ahmad Samhan Awang berkongsikan beberapa amalan yang boleh dilaksanakan oleh umat Islam ketika Ramadan. 1. Bangun sahur. 2. Tahajud 2 rakaat dulu sebelum makan sahur. 3. Masuk waktu Subuh, qabliyah Subuh (lebih baik dari dunia dan isinya) 4. Solat Subuh berjemaah. 5. Lepas Subuh, baca al-Quran 4 muka surat. Ramadan adalah seperti madrasah untuk menjadikan kita insan yang lebih baik. (Gambar hiasan, Freepik) 6. Masuk dhuha, solat Dhuha 2 rakaat. 7. Solat qabliyah Zohor. 8. Solat Zohor berjemaah. 9. Solat ba’diah Zohor 4 rakaat. 10. Lepas ba’diah Zohor baca al-Quran 4 muka surat. 11. Sebelum Asar, qabliyah Asar. 12. Solat Asar berjemaah. Ramadan tidak memerlukan seseorang itu membuat amalan setaraf ulama, cukuplah sekadar apa yang dalam kemampuan diri. (Gambar hiasan, Freepik) 13. Lepas Asar, baca 4 hingga 8 muka surat. 14. Buka puasa pada waktunya. 15. Solat Maghrib berjemaah. 16. Ba’diah Maghrib 2 rakaat. Jangan mensia-siakan Ramadan kerana belum tentu kita dapat ditemukan dengan bulan mulia ini pada tahun hadapannya. (Gambar hiasan, Freepik) 17. Solat Isyak berjemaah. 18. Ba’diah Isyak 2 rakaat. 19. Solat Terawih. 20. Lepas Terawih, baca al-Quran 4 muka surat. Perlu diingatkan agar sentiasa menjaga perkara-perkara yang mengurangkan pahala dan amalkan sedekah setiap hari walaupun RM1 asalkan konsisten. Jangan biarkan hari berlalu tanpa infaq. Mudah-mudahan bulan Ramadan kali ini ada beza dengan sebelumnya. Selamat menunaikan ibadah puasa pada semua saudara se-Islam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube