suria

Ayat ringkas, mudah nak hafal... ini 10 surah pendek boleh dibaca dalam solat tarawih

Solat tarawih boleh ditunaikan dengan membaca surah-surah pendek. (Gambar hiasan, Freepik)

PADA 10 malam pertama Ramadan, kebiasaannya dapat dilihat masjid atau surah meriah dengan jemaah yang hadir untuk menunaikan solat tarawih.

Namun begitu, masuk pertengahan dan penghujung Ramadan, saf jemaah akan kelihatan semakin berkurangan mungkin kerana masing-masing sibuk melakukan persediaan menyambut Aidilfitri.

Ramai juga dalam kalangan kita yang mahu menghabiskan kerja dan komitmen lain sebelum bercuti dan pulang ke kampung sehingga ada masanya terpaksa meninggalkan tarawih..

Solat tarawih tidak memerlukan surah yang panjang untuk ditunaikan. (Gambar hiasan, Freepik)

Walaupun tugasan duniawi membelenggu diri, dalam waktu singkat yang tersedia, anda sebenarnya masih boleh menunaikan solat tarawih secara bersendirian di rumah.

Tidak perlu surah dari al-Quran yang panjang-panjang, cukup sekadar surah-surah lazim untuk menyempurnakan solat tarawih anda.

Ayuh kita lihat beberapa surah pendek dan ringkas yang boleh dihafal dan dibaca ketika solat tarawih anda. Mari rebut pahala!

1. Al-Ikhlas

Surah yang kita belajar dari kecil ini, boleh dibaca untuk solat tarawih. Hanya empat ayat yang mudah dan ringkas!

Surah Al-Ikhlas

2) Al-Falaq

Sama seperti Al-Ikhlas, surah ini juga boleh dibaca ketika solat tarawih. Lima ayatnya ringkas dan senang dihafal.

Surah Al-Falaq

3) An-Naas

Surah terakhir yang tergolong dalam ‘3 Qul’ ini juga antara mudah dihafal kerana ayatnya yang pendek dan ringkas.

Surah An-Naas

4) Al-Qadr

Bertepatan bulan Ramadan ini, amatlah sesuai dibaca surah ini kerana kandungannya berkaitan malam Lailatulqadar.

Bukan sahaja ayatnya yang mengandungi konteks sesuai dengan bulan penuh barakah ini, tetapi juga senang untuk dihafal dan dibaca ketika solat tarawih.

Surah Al-Qadr

5) Al-Masad

Surah ini juga merupakan antara yang pendek dalam Al-Quran. Bolehlah cuba hafal dan amalkannya dalam solat tarawih anda!

Surah Al-Masad

6. Al-Insyirah

Walaupun surah ini mempunyai lapan ayat, namun setiap ayatnya adalah pendek.

Surah ini juga tidak susah pembacaannya, jadi tidak ada masalah untuk anda hafal dan baca semasa solat tarawih.

Surah Al-Insyirah

7. Al-Kauthar

Surah ini adalah antara surah yang paling pendek. Tiga ayat pendek yang terkandung boleh anda gunakan dalam solat tarawih.

Surah Al-Kauthar

8) An-Nasr

Surah ini juga mempunyai tiga ayat, cuma hanya sedikit panjang berbanding Al-Kauthar. Dijamin senang anda hafal untuk diamalkan dalam solat!

Surah An-Nasr

9) Al-Fil

Selain pendek dan senang untuk anda hafal, isi kandungan surah ini juga menarik!

Surah ini mengisahkan kehancuran Abrahah dan pasukan bergajah yang hendak menyerang Makkah.

Surah Al-Fil

10) Al-Asr

Sama seperti ‘3 Qul’, surah ini tidak lagi asing dalam hidup kita.

Turut boleh dibaca dalam tarawih kerana ayatnya yang pendek. Anda pasti dapat menghafalnya dalam masa yang singkat!

Surah Al-Asr

Semoga selepas ini kita semua dapat menunaikan ibadah solat tarawih walaupun secara bersendirian.

Surah pendek pun sudah memadai untuk menjamin pahala yang melimpah ruah asalkan solat dilakukan dengan sempurna dan seikhlas hati kerana Allah SWT.

Mari perlahan-lahan kita menghafal surah-surah pendek ini. Selain untuk solat tarawih, dapat juga dibaca ketika solat fardu lima waktu. - Keluarga

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain