suria

Darah lembu tak memancut, lidah terjelir ketika disembelih! Ramai khuatir makan bangkai, bukan daging korban... Ini penjelasan Dr Izhar Ariff

Keadaan lembu semasa penyembelihan dilakukan.

KEBIASAANNYA setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha, masyarakat akan disajikan dengan gelagat mencuit hati orang ramai yang terlibat dengan ibadah korban seperti haiwan peliharaan melarikan diri, tukang sembelih dikejar lembu dan sebagainya.

Disebabkan insiden-insiden tersebut, pelbagai langkah dilakukan terhadap haiwan yang akan ingin dikorbankan agar ia tidak terlepas atau lari sebelum tiba masa untuk disembelih.

Bagaimanapun selepas berakhirnya ibadah itu, tular pula rakaman video seekor lembu dipercayai telah mati sebelum sempat disembelih. Berdasarkan rakaman video itu, hawian bekrneen kelihatan tidak bergerak selepas aktiviti penyembelihan dilaklukan malah darahnya juga tidak memancut.

Turut kelihatan lidah haiwan itu terjelir sebelum disembelih sementara tali yang diikat pada lehernya seolah-olah terjerut.

Disebabkan persitiwa itu, ramai pihak yang mempersoalkan sama ada sah atau tidak ibadah korban itu manakala dagingnya halal dimakan atau sebaliknya.

Pakar Rujuk Bidang Fiqh Fatwa Makanan dan Kepenggunaan Semasa, Pusat Kajian Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim yang turut berkongsi video peristiwa berkenaan di media sosialnya diminta mengulas lanjut mengenai hal berkenaan. Ini penjelasan beliau.

Tiga perkara yang perlu dilakukan sebelum ibadah korban:

1. Haiwan mati sebelum sembelih. Hati-hati dengan tali lembu kerana dikhuatiri lembu mati tercekik sebelum sembelih.

2. Tulang haiwan patah. Kaedah jatuhkan haiwan kena ada ilmu. Jika tidak, ia akan menyebabkan haiwan patah riuk sebelum sembelih.

3. Pisau tidak tajam. Pisau yang sebegini akan menyiksa kematian haiwan.

Darah lembu tidak memancut saat penyembelihan dilakukan

Tular video penyembelihan lembu untuk inadah korbamn yang diragui status halal haramnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan video tular itu dan menyatakan hanya individu yang berada di lokasi tersebut lebih mengetahui keadaan sebenar.

Tambahnya, jika haiwan ternak telah mati sebelum sembelih atau dikorbankan maka implikasi hukum adalah seperti berikut:

1. Memakan dagingnya adalah haram dan ia termasuk dalam kategori bangkai

2. Penyembelihan lembu tersebut tidak menjadi ibadah korban

3. Penganjur wajib ganti lembu lain kepada pemilik lembu atau bahagian

4. Sembelih semula haiwan yang diganti pada hari-hari tasrik

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain