TIDAK dinafikan dalam hati setiap daripada kita pernah terlintas 'kenapa dia lebih daripada aku' sama ada merujuk kepada harta benda mahupun rupa paras. Tambahan pula, sudah menjadi lumrah manusia untuk melihat dan membanding-bandingkan apa yang dimiliki dengan orang lain. Persoalan yang sering bermain itu kadang kala membuatkan sesetengah individu hilang keyakinan diri sehingga akhirnya menghidap masalah kesihatan mental seperti kemurungan. Paling membimbangkan apabila ada yang bertindak mempersoalkan ciptaan Allah dengan mengaitkan zat-Nya yang Maha Adil. Setiap manusia memiliki kelebihan tersendiri. -Gambar hiasan The Star/Saiful Bahri Bagi menjawab persoalan yang sering dikemukakan itu, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri menjelaskannya menerusi nukilan dalam maktabah albakri. Jawapan: Pertamanya, soalan seperti ini sentiasa bermain dalam fikiran di sebahagian kita. Ini kerana, kita sentiasa berasa kekurangan dan orang lain mempunyai kelebihan. Termasuklah dalam isu cantik, handsome, kuat, gagah, cerdik, pintar, berjaya atau sebaliknya, kurang cantik, hodoh, lemah, sakit, lembam, kurang cerdik serta gagal. Inilah hukum manusia berdasarkan zahir dan hanya melihat selapis sahaja. Sebaliknya, apabila kita memahami pelbagai hikmah ciptaan Tuhan, nescaya kita akan menyebut Subhanak (Maha Suci Kamu Ya Rab). Kami noktahkan terlebih dahulu dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” Surah al-Tin (4) ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan biar diri kita dibodek” - Pendakwah nasihat bos-bos perlu adil, tegas... Usah terbuai dengan pujian kaki kipas Guru kami Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-Tafsir al-Munir fi al-Aqidah wa al-Syari’ah wa al-Manhaj menjelaskan bahawa makna “فِي أحسنِ تقوِيمٍ” adalah sebaik-baik rupa, sebagus-bagus bentuk, sesempurna-sempurna anggota tubuh, dengan susunan yang tersusun rapi dan seimbang. Ditambah lagi dengan ilmu, pemikiran, kalam (komunikasi), kepemimpinan dan kebijaksanaan (hikmah), semakin menegaskan bahawa manusia layak menjadi khalifah (pemimpin) di muka bumi ini. Dari keterangan ini jelaslah bahawa makhluk terbaik yang diciptakan Allah itu bernama manusia. Segala potensi, keistimewaan, kemuliaan ada pada diri dan selalu melingkupi manusia. Kemuliaan tersebut akan terus ada dan menyertai manusia, jika dia mempertahankan dan menjaganya melalui aktiviti mulia berupa peningkatan kualiti hubungan dengan Allah (hablun minallah) dan hubungan dengan manusia (hablun minannas). Atau dengan kata lain, kemuliaan manusia akan terpelihara dengan baik jika ibadah ritual dan ibadah sosial terjalin erat satu sama lain. Umat Islam dianjurkan untuk bersyukur dengan setiap yang dimiliki. -Gambar hiasan The Star/Raja Shamsul Bahren Nas di atas menunjukkan setiap manusia mempunyai kelebihan tertentu mengikut kurniaan Allah SWT. Mungkin seseorang lebih dari sudut rupa paras tetapi mereka kurang dari sudut harta atau kecerdikan kerana, tiada manusia yang sempurna agar sentiasa ingat dan kembali kepada Allah SWT. Keduanya, kelebihan yang dikurniakan bukan untuk dimegah tetapi disyukuri dan diingati yang bahawa ia adalah daripada kurniaan Allah SWT untuk kita syukuri dan tidak takbur dengannya. Kisah Nabi Sulaiman AS sebagai jawapan yang cukup menarik kerana berada di persada kuasa. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.” Surah al-Naml (40) Natijah daripada nas ini, jelas menunjukkan betapa hebatnya Nabi Allah Sulaiman AS sehingga jin tunduk kepadanya serta ikut arahannya. Beliau seterusnya, kembali kepada Allah SWT dengan menisbahkan kelebihan tersebut kepada Tuhannya. Justeru, saya katakan untuk menjawab isu seperti di atas, banyak hal yang boleh diketengahkan. Pun begitu, sebenarnya, kelebihan seseorang bukan hanya dilihat pada mata kasar atau nilai harta benda yang dimiliki tetapi renunglah dengan mata hati, kelebihan dari sudut amalannya dan juga hatinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube