SEPERTI bulan-bulan Islam yang lain, Muharram juga mempunyai tarikh penting yang menawarkan keistimewaan buat umat Islam. Selain memperingati peristiwa penting yang terjadi dalam bulan tersebut, terdapat beberapa amalan lain yang boleh dilakukan khususnya pada 10 Muharram termasuk berdoa. Doa pada malam 10 Muharram menjadi salah satu amalan yang boleh dilakukan, bahkan Nabi Muhammad SAW menyebut ia sebagai salah satu waktu mustajab untuk memohon kepada Allah SWT. "Lima waktu yang doa tidak ditolak ialah malam Jumat, malam 10 Muharram, malam Nisfu Sya'ban, malam Aidilfitri dan malam Aiduladha," (HR Bukhari dan Muslim). Doa malam 10 Muharram yang boleh dilakukan berdasarkan nukilan daripada buku tulisan Dr M Ali Chasan Umar adalah seperti berikut. 1. Baca sebanyak 70 kali Hasbunallah wa ni'mal wakiil ni'mal maulaa wa ni'man nashiir Maksud: Allah yang mencukupi kami, Dialah sebaik-baik untuk berserah diri, sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong, 2. Kemudian membaca 7 kali Bismillaahir-rahmaanir-rahiim, subhaanallaahi mil'al-miizaani wa muntahal- 'ilmi wa mablaghar-ridhaa wa zinatal-'arsyi. laa malja'a wa laa manja minallaahi illaa ilaiih. subhaanallaahi 'adadasy-syaf'i wal-watri wa 'adada kalimaatillaahit-taammaati kullihaa. nas'alukas- salaamata birahmatika yaa arhamar raahimiin. wa laa haula wa laa quwwata illaa billaahil-'aliyyil- azhiim. wa huwa hasbunaa wa nimal-wakiil nimal- maulaa wa ni'man-nashiir. wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihii wa shahbihii wa sallama ajma'iin Maksud: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci Allah sepenuh timbangan dan puncak sampainya ilmu dan keredaan serta seberat timbangan Arasy. Tidak ada tempat menghindarkan dan keselamatan dari Allah melainkan hanya kepada-Nya. Maha Suci Allah sebanyak bilangan yang genap dan ganjil, dan seluruh bilangan kalimat-kalimat Allah yang sempurna. Kami memohon kepada Engkau dengan mendapat rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur lagi Maha Agung. Dialah Allah yang mencukupi kami, sebaik-baik untuk berserah diri, sebaik-baik Pelindung dan Penolong. Rahmat dan keselamatan semoga tetap atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW beserta para keluarga dan sahabatnya semuanya. Solat sunat Taubat juga disyorkan untuk dilaksanakan pada malam 10 Muharram. -Gambar hiasan The Star/Glenn Guan Selain itu, amalan lain yang boleh dibuat pada 10 Muharram adalah seperti berikut: 1. Puasa Asyura Hadis Riwayat Muslim menceritakan ketika Nabi SAW tiba di Madinah dan melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura. Rasulullah SAW bertanya, "Hari apa ini?" Mereka menjawab, "Hari yang baik, hari di mana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, sehingga Musa pun berpuasa pada hari ini sebagai bentuk syukur kepada Allah." Akhirnya, Nabi Muhammad bersabda, "Kami (kaum muslimin) lebih layak menghormati Musa daripada kalian." Kemudian, Rasulullah SAW berpuasa dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa," (HR Muslim) 2. Sedekah Sedekah pada hari Asyura dianggap sebagai sedekah selama setahun. Ini bertepatan dengan hadis daripada sahabat Abdullah bin Amr bin Ash RA yang bermaksud "Barangsiapa berpuasa Asyura maka seakan-akan berpuasa setahun. Dan barang siapa bersedekah di dalamnya (di hari Asyura) maka dia seperti bersedekah selama setahun." 3. Solat sunat taubat Umat Islam dianjurkan melakukan solat sunat taubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube