MENJADI lumrah biasa setiap kali Ramadan, pasti ada dalam kalangan kita yang keliru tentang hukum-hukum berkaitan ibadah puasa. Antara soalan popular, adakah sah puasa seseorang itu sekiranya mereka terlepas untuk mandi wajib atau mandi junub (janabah) sebelum azan Subuh? Lebih teruk, ada yang beranggapan puasa mereka pada hari tu terbatal kerana tidak sempat untuk mandi wajib sebelum waktu sahur berakhir. Menurut laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan, melewat-lewatkan mandi janabah selepas bersama isteri pada malam hari di bulan Ramadan sehingga terbitnya fajar tidak menghalang sahnya puasa, sebaliknya makruh. Justeru, sunat bersegera untuk mandi wajib sebelum terbitnya fajar dan dalilnya seperti yang disebut dalam kitab Bulugh al-Maram, daripada Saidatina Aisyah R.anha: Banyak amalan sunat yang boleh dilakukan pada bulan puasa. -Gambar hiasan Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW pernah bangun pagi dalam keadaan berjunub akibat jima’ (pada malamnya), lalu Baginda mandi (wajib) dan (meneruskan) berpuasa. [Hadis Muttafaqun ‘alaih] Jelaslah daripada hadis di atas bahawa sahlah puasanya dan tidak batal puasanya kerana berpuasa dalam keadaan berjunub mahupun kerana mandi wajib selepas Subuh. Ini pendapat majoriti ulama. Berikut kami kongsikan juga 7 amalan sunat yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan. 1. Bersahur dan melambatkannya 2. Segera berbuka puasa apabila masuk waktunya 3. Berdoa sepanjang berpuasa dan ketika berbuka 4. Memperbanyakkan sedekah 5. Memperbanyakkan bacaan dan mendalami isi al-Quran 6. Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa 7. Mengimarahkan malam dengan solat tarawih dan qiamulail Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube