suria

Baru tahu rupanya tak semua mimpi basah perlu mandi wajib... Bangun tidur periksa pakaian dulu

Keluar air mani adalah salah satu daripada kategori hadas besar. -Gambar hiasan

BAGI kaum Adam khususnya, mimpi basah merupakan lumrah ketika mencapainya akil baligh.

Mimpi basah merupakan satu proses di mana orgasm atau terkeluar air mani ketika tidur yang disebabkan oleh mimpi menghairahkan.

Bagi seseorang yang mengalami mimpi basah, mereka harus mandi wajib selepas bangun tidur untuk membersihkan diri daripada hadas besar.

Namun timbul persoalan sekiranya seseorang itu bermimpi syahwat, tetapi mendapati tidak ada kesan air mani pada pakaiannya ketika bangun daripada tidur, apakah yang harus dilakukan?

Ayuh kita ikuti penjelasannya daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Kesilapan berkenaan mimpi basah boleh menjejaskan amal ibadah. -Gambar hiasan

Bagi seseorang yang bermimpi melakukan perbuatan seperti berjimak dan seumpamanya, namun tidak keluar air mani maka dia tidak perlu untuk mandi wajib.

Ini adalah berdasarkan sebuah riwayat daripada Ummu Sulaim R.anha, beliau bertanya kepada Rasulullah S.A.W:

"Adakah seorang perempuan perlu mandi wajib apabila dia bermimpi? Maka Nabi S.A.W menjawab: Ya, sekiranya dia melihat air (mendapati keluarnya air mani)." - Riwayat Al-Bukhari (6091)

Hadis di atas menunjukkan muqayyad (keterikatan) mandi wajib dengan keluarnya mani. Mafhumnya jika tidak keluar air mani maka tidak perlu mandi wajib.

Pendapat ini juga dikuatkan dengan sebuah riwayat lain daripada Ummu Sulaim R.anha yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W:

"Wahai Rasulullah, apabila seorang perempuan bermimpi bahawa suaminya bersetubuh dengannya di dalam mimpi tersebut, adakah dia perlu mandi wajib?"

Maka Nabi S.A.W menjawab: "Ya, jika dia melihat air."

Imam Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah ketika mengulas hadis ini berkata, jika seseorang perempuan itu mendapati keluarnya air selepas bermimpi maka dia perlu mandi. Lihat Fath al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, Ibn Hajar (1/389).

Justeru, dalam menjawab persoalan ini berpandukan hadis di atas, kami katakan bahawa sesiapa yang bermimpi tetapi tidak keluar air mani, maka tidak perlu baginya untuk mandi wajib.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain