suria

Tak mahu terlepas ‘vibes’ Hari Raya Aidilfitri... Wanita datang bulan pun boleh hadir ke masjid, tapi ada syarat kena ikut

Solat merupakan tiang agama yang wajib ditunaikan setiap orang Islam.

SOLAT Hari Raya merupakan sunat muakad iaitu ibadah sunat yang amat digalakkan.

Walaupun solat ini disunatkan untuk dijalankan secara bersendirian, tetapi lebih afdal jika ditunaikan secara berjemaah.

Terdahulu, seorang wanita bertanya sekiranya dia dibenarkan untuk menghadiri solat hari raya di masjid atau surau dalam keadaan berhadas haid ketika pagi Syawal.

Menerusi jawapan di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dijelaskan bahawa sunat hukumnya bagi wanita yang berhadas haid menghadiri solat sunat hari raya selagi mana tempat didirikan solat itu bukan masjid.

Jika kawasan yang didirikan solat sunat hari raya itu adalah masjid maka kaum wanita tidak dibenarkan untuk masuk namun masih boleh mendengarkan khutbah dari kawasan luar masjid.

Perbanyakan ibadat sepanjang bulan Ramadan ini.

Hal ini kerana solat sunat hari raya merupakan suatu yang disunatkan bagi umat Islam untuk mengerjakannya di pagi Syawal.

Namun, bagi golongan yang tidak dapat menunaikan solat sunat hari raya, mereka juga dianjurkan untuk turut menghadirkan diri ke masjid.

Ulasan itu berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Kami diperintahkan untuk keluar pada hari raya serta membawa bersama anak dara dari biliknya dan wanita haid lalu mereka akan berada di belakang orang ramai bertakbir dan berdoa mengharapkan keberkatan pada hari tersebut bersama-sama dengan orang ramai.

Jadi hadis ini menjelaskan bahawa kaum wanita yang berada dalam keadaan haid juga dituntut untuk keluar bersama-sama dengan orang ramai demi mengharapkan keberkatan pada hari tersebut.

Wanita boleh datang ke masjid untuk mengambil keberkatan bulan Ramadan walaupun dalam keadaan berhadas.

Malah, tular di TikTok baru-baru ini rakaman suara Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menjelaskan mengenai hal yang sama berikutan wanita dituntut ke masjid sewaktu solat raya.

Katanya, berdasarkan sabda Rasulullah SAW, wanita walaupun tidak bertudung (perlu diberikan tudung) dan sedang datang bulan, tetap hadir ke masjid ketika solat raya.

Bagaimanapun, ini tidak bermaksud agar wanita itu bersama-sama menjadi jemaah menunaikan solat, tetapi tetap berhimpun dengan orang ramai di masjid demi mengambil keberkatan.

Jelas UAI lagi, golongan wanita haid ini boleh duduk di ruangan masjid yang tidak menjadi tempat solat seperti di kawasan tangga dan pejabat.

Selain itu, wanita yang sedang haid masih boleh melintasi di dalam masjid tanpa berulang-alik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain