suria

Pecutan akhir Ramadan... Perkemaskan isi kandungan doa, jangan ‘skip’ 7 perkara ini ketika memohon kepada Allah

Perbanyakkan doa pada 10 malam terakhir Ramadan.

MEMASUKI hari-hari terakhir bulan mulia iaitu Ramadan, umat Islam disaran supaya melipatgandakan amalan baik termasuk mengejar Lailatul Qadar.

Seperti yang disebutkan dalam surah Al-Qadr, malam Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada 1,000 bulan atau lebih kurang 83 tahun.

Maka, kita perlu meningkatkan usaha dalam beribadah kepada-Nya terutama sekali dalam 10 malam terakhir ini sebagaimana yang dipraktikkan Rasulullah SAW.

Antara amalan disarakankan apabila seseorang individu terpilih oleh Allah SWT bertemu dengan malam Lailatul Qadar ialah iktikaf, membaca al-Quran, solat, bersedekah dan qiamullail.

Ikuti tip berdoa yang dipecahkan kepada tujuh bahagian dikongsikan My Sumber, bagi memastikan peluang berdoa pada malam tersebut dilakukan dengan lebih baik dan afdal.

Bahagian 1 - Pengampunan dosa

1. Minta ampun atas dosa-dosa diri sendiri

2. Minta ampun atas dosa ibu bapa

3. Minta ampun atas dosa pasangan

4. Minta ampun atas dosa anak-anak

5. Minta ampun atas dosa ahli keluarga termasuk adik-beradik

6. Minta ampun atas dosa guru, ustaz dan ustazah

7. Minta ampun atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia)

Ramai yang mengejar 10 malam terakhir bulan Ramadan.

Bahagian 2 – Keperluan masa kehidupan

1. Dimurahkan rezeki

2. Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga

3. Anak-anak dipelihara oleh Allah

4. Minta rezeki diberkati

5. Dijauhkan daripada musibah, bala bencana dan penyakit

6. Dijauhkan daripada ujian yang tidak mampu untuk kita tanggung

7. Minta hati anak-anak kita tidak berpecah belah

8. Minta orang lain kasih kepada keluarga dan diri kita

9. Dijauhkan daripada orang yang dengki khianat, iri hati dan cemburu kepada kita

Bahagian 3 – Urusan ketika kematian

1. Mohon mati dalam husnul khatimah

2. Mohon mati dijauhkan daripada fitnah

3. Mohon dapat mengucap syahadah “La ilaha illallah, muhammadur Rasulullah”

4. Minta mati sedang dalam beribadah

Bahagian 4 – Alam barzakh

1. Jadikan kuburku nanti dari taman-taman syurga

2. Jangan jadikan kuburku dari lubang-lubang api neraka

3. Ya Allah, aku takut gelap (terangkanlah kuburku)

4. Ya Allah, aku takut sempit (luaskanlah kuburku)

5. Ya Allah, Engkau lapangkanlah kuburku sejauh mata memandang

6. Engkau berikanlah rezeki padaku didalam kubur nanti

7. Engkau bukakanlah satu pintu nampak tempat dudukku di dalam syurga

Amalan pada malam Lailatul Qadar lebih baik daripada 1,000 bulan atau lebih kurang 83 tahun.

Bahagian 5 – Ketika di padang mahsyar

1. Ya Allah, selamatkanlah aku di padang mahsyar

2. Jadikan aku duduk di maqam mahmudah (kedudukan yang terpuji)

3. Jadikan aku orang yang duduk di bawah perlindungan arashmu

4. Ya Allah, jangan Engkau seksa aku di padang mahsyar

5. Berikanlah suratan amal dari tangan kanan

6. Padamkan dosa-dosaku di dalam kitab-kitab amal

7. Jangan Engkau tunjuk atau tayang dosa-dosa yang dulu aku lakukan di tayangan amal

8. Tutup dan lindungilah aib-aibku, dosa-dosaku dan kesilapanku dulu

9. Beratkan timbangan amal di sebelah kananku

10. Masukkan aku di dalam golongan yang masuk syurga tanpa hisab

Bahagian 6 – Lintasan titian sirat

1. Permudahkanlah aku melintasi titian sirat

2. Jangan jatuhkanku ke dalam lubang neraka ketika melintas titian sirat

3. Ya Allah, tolonglah aku ketika melintas titian sirat

4. Ya Allah, percepatkanlah aku melintas titian sirat sepantas kilat

Amalan yang baik pada malam Lailatul Qadar adalah dengan melakukan qiamullail.

Bahagian 7 – Masuk syurga Allah

1. Ya Allah, kurniakan aku syurga Firdaus

2. Bangkitkan aku bersama Nabi Muhammad SAW di syurga Firdaus

3. Berilah aku dapat berganding, berdamping dengan Nabi Muhammad SAW

4. Ya Allah, jauhkanlah aku dari azab api neraka

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain